Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa lima hadiah daripada Allah SWT yang belum pernah dikurniakan kepada orang-orang yang berpuasa sebelum Islam. Hanyalah jikalau kita dapat menghargai betapa besarnya nikmat Allah SWT ini dengan ertikata yang sebenar-benarnya. Maka kita dengan sendirinya akan cuba mencapai nikmat-nikmat yang terkhas ini dengan seikhlasnya.
Pertamanya, kita diberitahu bahawa bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih dicintai dan lebih harum di sisi Allah SWT yang mana lebih harum daripada harumnya kasturi. Para pengulas telah menafsirkan kira-kira lapan maksud daripadanya dan kita ambil sebahagian dari itu:
a) Setengahnya berpendapat bahawa di hari akhirat nanti Allah akan mengganjari bau yang datang daripada mulut orang yang berpuasa dengan bau haruman yang lebih semerbak dan menyenangkan dari bau kasturi.
b) Pada hari kiamat bilamana kita bangun dari kubur, bau yang harum itu akan keluar dari mulut orang yang berpuasa yang mana akan lebih baik lagi dari bau kasturi.
c)Sesetengah ulamak pula berpendapat ialah yang lebih layak diterima ialah pendapat yang menyatakan di dalam dunia ini, bau harum itu adalah lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah. Ini menunjukkan bahawa betapa besarnya kasih Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang berpuasa.
Fadhilat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan