Hadis :
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya disyurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”
(Bukhari & Muslim)
Huraian
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.
Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua walau di mana saja berada, disisi Islam kita semua tetap bersaudara walau di mana pun kita berada. Jauh di mata dekat di hati. Semoga ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang kita jalani dengan qualiti yang tinggi yang terbaik kita mampu lakukan kerana di masa mendatang kita tak pasti lagi adakah kita mempunyai kesempatan untuk itu. Siapa tahu kali ini fakir berkesempatan berceloteh di ambang ramadhan, untuk ramadhan yang mendatang entah-entah fakir dah di alam barzakh...wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan