Bersambung dengan perkongsian semalam - kita semua ketahui bahawa bau busuk yang datang dari mulut orang-orang yang berpuasa dengan seikhlasnya adalah benar-benar dicintai oleh Allah SWT. Dia dengan sendirinya dikasihi pada pandangan si Kekasih itu, yang mana di dalam hal ini ialah Allah SWT sendiri yang mengasihi dan mencintainya. Kerana apa? Kerana puasa itu adalah salah satu ibadah yang sangat-sangat diterima oleh Allah SWT. Di atas alasan inilah ada hadis yang menyatakan bahawa ganjaran bagi setiap amalan akan dibawa oleh para malaikat, tetapi Allah berfirman: "Ganjaran untuk berpuasa, Daku sendiri yang akan memberinya kerana ianya adalah untuk Daku sendiri." Dalam versi lain daripada hadis yang sama (sebagaimana diterangi dalam kitab fadhail amal - bila dibaca dengan cara yang berlainan) berbunyi : "Daku sendiri yang menjadi ganjarannya".
Dan apakah ganjaran yang terlebih besar kepada seorang pencinta daripada mendapatkannya dari Kekasihnya sendiri??? Dalam hadis lain yang berbunyi: "Puasa adalah pintu kepada semua bentuk ibadah". Ini bermaksud bahawa melalui puasa naluri hati kita akan menyinari cahaya yang mana melaluinya hasrat daripada seseorang itu tersedar menuju ke hadrat Allah SWT. Ini cuma pasti berlaku sekiranya puasa itu adalah dari jenis puasa yang mengikut segala syarat-syaratnya dan bukanlah sekadar berkeadaan menahan lapar dan dahaga semata-mata.
Fadhilat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan