Sekarang satu dunia heboh mengatakan dan mengecam atas kekejaman Israel yang telah membongkar tembelang dan kejahatan mereka sendiri apabila tentera komando mereka menyerang ala lanun ke atas konvoi bantuan keamanan terhadap penduduk Gaza, apatah lagi serangan tersebut dilakukan di perairan antarabangsa.
Kalau dilihat dari berita-berita utama dan dari internet, dunia seumpama telah sedar dari lena bahawa kekejaman dan penindasan yahudi zionis sebenarnya telah terlalu lama berleluasa. Berapa ramai rakyat Palestine yang tidak berdosa disembelih dan ditindas tanpa ada sebarang perikemanusiaan. Setahun lepas penyerangan Israel ke atas Palestine masih segar dalam ingatan. Pengeboman dan pelanggaran askar Yahudi Laknatullah ke atas bumi Palestine tanpa had yang hampir menjadikan negara itu seumpama padang jarak padang tekukur. Majalah 3 pernah menyiarkan segmen tentang penyerangan yang penuh dengan kekejaman itu. Terlihat serpihan daging yang tersisa akibat serangan bom itu melekat di dinding-sayu, terharu, geram dan benci bercampur baur apabila melihat para syuhada dan saudara seagama dilakukan sebegitu rupa.
Kekejaman demi kekejaman dilakukan dan zionis tidak pernah hirau walau sedetikpun akan impak yang bakal diterimanya lantaran angkara yang dilakukannya. Malah lebih bongkak apabila sekutu atau saudaranya Amerika Syarikat seolah merestukan dan menghalalkan apa saja tindakan zalim yang dilakukan oleh mereka ke atas rakyat Palestin. Bayangkan kehebatan negara Yahudi Israel yang tidak sebesar mana pun mampu menundukan dunia arab yang lebih besar yang ada disekelilingnya.
Paling ketara ialah Mesir yang tunduk dengan kehendak Zionis untuk menutup laluan darat ke Palestine, sedangkan Palestine itu adalah saudara mereka. Mereka lebih rela melihat anak-anak Palestine merebus rumput untuk dijadikan makanan dengan kebuluran semakin meningkat dari melawan kehendak zionis. Tidak takutkah mereka akan kemurkaan Allah? Kelihatan seolah-olah dunia Arab itu sendiri lebih mementingkan diri sendiri dari nasib saudara seagama. Apapun sememangnya negara-negara teluk tidak pernah mahu berganding bahu dan bersatu suara menentang Yahudi atas kepentingan sendiri. Senjata yang paling ampuh yang dimiliki oleh negara-negara teluk iaitu petroleum tidak dimanafaatkan sepenuhnya bagi mengugut kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat agar sedikit menjentik telinga Zionis agar tidak terlalu biadap.
Dunia sebelum ini lebih tertarik dan bergantung kepada laporan media barat yang terang-terang menyebarkan pembohongan dan memihak kepada Zionis dan sekutunya. Digambarkan Israel sebagai negara kecil yang mempertahankan kedaulatan negaranya dari ancaman pengganas yang puncanya datang dari negara-negara Arab seumpama menegakkan benang yang basah.Sudah sampai
masanya untuk kita tidak terus bergantung kepada laporan media Barat
terutamanya dalam isu berkaitan dengan umat Islam. Kita harus bersikap kritikal
terhadap segala fakta yang dikemukakan.Jangan lagi
terperdaya dan terperangkap dengan laporan yang membohongi dunia dahulu bahawa
serangan ke atas Iraq kerana Presidennya, Allahyarham Saddam Hussein memiliki
senjata nuklear. Sedangkan para peninjau tidak pernah menemukan suatu bentuk senjata nuklear pun di bumi Iraq. Umat Islam juga seolah terlena dengan alasan penyerangan tersebut yang terang-terangan hanyalah sebuah alasan kosong untuk menghancurkan negara-negara Islam satu demi satu.
Fakir nak berkongsi suatu artikel yang pernah dikeluarkan oleh lelaman Haluan Palestin yang ditulis oleh Abu Ridhwan bertarikh 9/1/2009 berkenaan sikap Zionis terhadap Palestine dan umat Islam seperti di bawah
Kerajaan Zionis Israel mempunyai pelbagai cara di dalam usaha menjustifikasikan penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Samada ianya dilakukan di peringkat antarabangsa melalui agensi-agensi mereka di seluruh dunia. Di peringkat dalaman pula, media dan juga sistem pendidikan mereka menjadi satu jentera propaganda yang paling utuh dan utama di dalam mendoktrin rakyatnya sendiri.
Majalah al-Ma’rifah keluaran Arab Saudi pada tahun 1997 misalnya telah mengemukakan kajian terhadap silibus pembelajaran Bahasa Ibrani di seluruh sekolah-sekolah Israel yang berunsur perkauman. Ribuan kajian lain juga telah dilakukan, samada oleh ahli akademik dari luar mahupun dari dalam tanah jajahan kerajaan Zionis Israel sendiri telah membongkarkan perkara yang sama. Malangnya, oleh kerana rejim Zionis mempunyai tempat yang terlalu istimewa di dalam hegemoni AS ke atas penduduk dunia, perkara sedemikian tidak menjadi satu kesalahan.
Hal yang berlainan jika ianya dilakukan oleh negara-negara Islam. Sebagai contohnya, selepas peristiwa 9/11 kerajaan di negara-negara Arab telah digesa oleh AS untuk merombak kembali sistem pendidikan mereka. Segala teks samada ianya dari al-Quran mahupun dari al-Sunnah yang disifatkan perkauman ataupun mempunyai unsur-unsur sentimen ianya wajib dibuang dari silibus pendidikan mereka. Maka, negara-negara Arab yang diperintah oleh diktator yang takutkan AS dengan taat dan patuh segera merombak silibus pendidikan mereka. Malang sekali, silibus yang lebih ekstrim dan bersifat perkauman melampau di dalam sistem pendidikan Zionis tidak pula mendapat perhatian AS. Mentaliti seperti ini amat tidak pula berlaku di bumi Palestin yang dijajah.
Di dalam 20 stesen televisyen yang beroperasi di tanah Gaza dan Tebing Barat, terdapat sebuah stesen yang dikuasai oleh para aktivis pro-HAMAS. Stesen televisyen al-Aqsa telah dikendalikan sepenuhnya oleh para aktivis pro-HAMAS telah menjadi sebuah stesen televisyen Islam yang mementingkan unsur pendidikan dan kerohanian rakyat Palestin. Stesyen al-Aqsa itu juga menjadi agen untuk menyedarkan rakyat Palestin mengenai tanggung jawab mereka untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa yang dijajah. Stesyen yang menjadi keminatan ramai rakyat Palestin dan juga warga Arab di luar Palestin ini juga telah berjaya mendapatkan ramai penonton setia dari semua lapisan masyarakat. Hatta golongan kanak-kanak pun turut meminati stesyen televisyen tersebut.
Antara rancangan yang paling diminati oleh kanak-kanak Palestin di dalam siaran stesyen televisyen tersebut ialah rancangan “Ruwaad al-Ghad” (Peneraju hari esok). Rancangan yang dikendalikan oleh Hazim al-Sha’rawi (pembantu pengarah stesyen televisyen al-Aqsa) itu telah menonjolkan watak ala Mickey Mouse bernama “Farfur”. Farfur sentiasa membawa mesej yang positif kepada anak-anak Palestin seperti menyuruh mereka solat, menghafal al-Quran, belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan lain-lain lagi. Farfur juga menggambarkan kehidupan dan mentaliti sebenar majoriti rakyat Palestin. Farfur misalnya membicarakan bagaimana rumahnya telah dirobohkan, beg dan buku sekolahnya tidak dapat diselamatkan. Farfur juga mengisahkan tentang rumah, tanah dan juga negaranya yang dirampas oleh penjajah Zionis Israel. Di samping itu, Farfur juga sentiasa membawa mesej perjuangan kepada kanak-kanak Palestin dengan mengingatkan mereka terhadap hak mereka, perjuangan memerdekakan tanah air mereka yang dijajah dan juga tentang kezaliman pihak penjajah.
Malangnya siaran ini telah mendapat kritikan hebat di peringkat antarabangsa. MEMRI (Middle East Media Research Institute) telah menjadi peneraju kempen mengkritik siaran kanak-kanak tersebut. Mereka telah memutar belitkan fakta dengan mengubah terjemahan kata-kata Farfur menjadi kata-kata kesat demi menunjukkan bahawa rancangan tersebut berunsur keganasan dan perkauman. Laporan-laporan mereka juga amat prejudis dan memanipulasikan fakta. Hal sedemikian bukanlah sesuatu yang asing bagi MEMRI yang memang terkenal dengan sikap mereka yang bias dan pro-Zionis. MEMRI telah ditubuhkan oleh aktivis pro-Zionis Yigal Carmon dan Dr Meyrav Wumser pada tahun 1998 dan berpusat di Washington D.C. Wartawan Guardian, Brian Whitaker telah mendedahkan bahawa MEMRI merupakan agen propaganda Zionis dan pro-rejim penjajah Israel. Mereka berperanan untuk memaparkan wajah buruk Islam, para pejuang Palestin, rakyat Palestin dan segala aktiviti berkaitan Palestin. Hal ini diakui oleh Ken Livingstone, Datuk Bandar London dan juga William Rugh, mantan duta AS ke Yaman dan UAE. MEMRI juga merupakan sebuah NGO yang dikecualikan dari cukai oleh kerajaan AS. Malang lagi apabila maklumat yang mengelirukan oleh MEMRI ini disambut oleh kebanyakan media barat dan juga media-media pro-Zionis. Berbekalkan kenyataan-kenyataan dari pihak berkuasa rejim Zionis, mereka terus menerima bulat-bulat segala fitnah yang dilemparkan kepada rancangan tersebut dan turut melabelkannya sebagai rancangan yang berunsurkan indoktrinisasi keganasan.
Lebih menyedihkan apabila Palestinian Broadcasting Corporation yang dikuasai sepenuhnya oleh gerakan Fatah turut serta menghentam rancangan tersebut. Mereka seakan-akan berpihak kepada pihak Zionis di atas sebab-sebab tertentu. Mantan menteri penerangan di bawah kerajaan bersekutu Palestin, Mustafa Barghouti juga turut terpengaruh dengan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan Zionis dan agen-agen mereka turut menggesa agar pihak pengurusan stesyen televisyen al-Aqsa mengkaji semula rancangan tersebut. Watak Farfur walau bagaimanapun hanya dapat bertahan selama kurang dari tiga bulan sahaja semenjak tarikh 13 April 2007 ketika ia mula muncul.
Pada 29 Jun 2007, watak Farfur telah dibunuh oleh seorang pengganas Israel yang telah memaksa beliau untuk menjual tanahnya. Pada 13 Julai 2007, watak Farfur telah digantikan oleh sepupunya, Nahoul, seekor lebah. Nahoul pada awal kemunculannya telah berjanji untuk menyambung kembali perjuangan sepupunya, Farfur.
Amat pelik melihat sikap MEMRI dan media barat yang membesarkan isu Farfur tetapi mengenepikan isu keganasan yang lebih besar dilakukan oleh rejim Zionis. Keganasan rejim tersebut ke atas kanak-kanak Palestin bukan lagi rahsia. Menurut Mustafa Barghouti, seperti yang telah dilaporkan oleh AFP pada 10 Mei 2007, sebanyak 120 kanak-kanak Palestin telah menjadi korban keganasan tentera Zionis semenjak bulan April tahun 2006 sehingga Mei 2007. Jumlah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak Palestin tidak berdosa yang telah dibunuh oleh tentera Zionis kepada 853 orang semenjak tahun 2000. Jumlah ini tidak termasuk bilangan janin-janin dan bayi-bayi yang terkorban di dalam kandungan akibat keganasan tentera Zionis. Jumlah ini juga tidak termasuk bilangan kanak-kanak Palestin yang masih lagi berada di dalam penjara-penjara Zionis. Mengapakah fakta ini tidak didedahkan? Apakah pembunuhan ratusan nyawa kanak-kanak tidak berdosa ini lebih ringan daripada siaran Farfur? Amat malang bagi masyarakat dunia jika mereka dapat menerima logik Zionis dan AS ini .
Manakala dalam sumber yang terdapat di lelaman Palestinkini.info yang diterbitkan dua hari lepas 5/6/2010 sebagai berkata:-
Sabtu, 05/06/2010 –
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Rabu menolak kecaman
antarabangsa atas serangan maut terhadap Armada Bebas Gaza yang membawa bantuan
ke Gaza dan menyatakan bahawa pengepungan Jaluran Gaza ” diperlukan untuk
mencegah serangan peluru berpandu terhadap Tel Aviv dan Yerusalem “.
“Israel adalah mangsa serangan kemunafikan antarabangsa,”
katanya di tengah panggilan untuk membatalkan kepungan Israel di Gaza. Dia juga
membela serangan maut hari Isnin terhadap armada tersebut yang berusaha untuk
memberikan bantuan ke Gaza.
“Ini bukan ‘Kapal Cinta’,” “Itu adalah kapal benci” kata
Netanyahu dalam satu penyampaian kepada rakyat Israel, merujuk kepada kapal
yang diserang oleh komando yang menyebabkan kematian sejumlah aktivis.
“Ideanya adalah untuk memecahkan kepungan laut. Apakah itu,
puluhan, ratusan kapal akan datang kemudian, dan di setiap kapal ratusan roket,
peluru berpandu dapat dibawa,” katanya.
sumber : The
Palestine Telegraph
penterjemah
: ameen
Berhubung
dengan isu Palestine-Israel marilah kita memahami fakta asas bahawa Israel
sebuah negara kuasa nuklear haram yang menyerang dan menakluki sebuah kawasan
kecil dengan penduduk yang sudah pun kelaparan dan mengalami krisis kemanusiaan
serius sekarang. Kita sebagai orang Islam berjihadlah dengan cara yang mampu kita lakukan seperti menyediakan dana atau setidak-tidaknya dalam sehari berdoalah kita agar saudara-saudara kita yang amat sengsara di sana dilindungi Allah dan Yahudi serta sekutunya mendapat laknat dan bala dijatuhkan ke atas mereka oleh Allah SWT kerana setakat mengecam, Zionis yang bongkak tidak pernah kisah sekalipun dan punya seribu satu alasan untuk berdalih.
Apapun sekalung tahniah buat seluruh pemimpin tidak kira parti, NGOs, mantan perdana menteri Tun Mahathir serta rakyat Malaysia amnya yang sedia bersatu dalam menghadapi perkara-perkara besar. Wira-wira sukarelawan yang terlibat juga merupakan pejuang sejati, kerana tanpa keberanian dan keikhlasan yang sejati tidak akan ada sesiapapun yang sanggup berkorban untuk berdepan dengan keganasan demi kasih sayang terhadap sesama insan. Umat Nusantara juga telah menunjukkan kecintaan mereka terhadap umat seagama dengan demonstrasi yang membakar semangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan