Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

18 Jun 2010

Remaja Gaza ditembak rejim Zionis

Alhamdulillah kerana pemilik lelaman Palestinkini.info telah memberikan keizinan kepada Fakir untuk memasukkan artikel mereka ke dalam blog yang tidak seberapa ini. Kata-kata semangat yang diberikan agar teruskan perjuangan oleh pemilik lelaman tersebut memberikan semangat yang padu pada Fakir. Terimakasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam PalestinKini!



Jumaat, 18/06/2010 – Sumber sahih daripada Pejabat Kesihatan Palestin memaklumkan seorang remaja lelaki telah dipindahkan ke Hospital Gaza setelah ditembak oleh tentera rejim Zionis ketika beliau berada di sempadan Hanoun – Eraz – Genting Gaza Utara. Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan Hospital, Dr. Muawayia Hassanein, dipetik sebagai berkata, Wael Al-Kafarna (16) ditembak di kaki kanannya oleh tentera Israel ketika melintasi sempadan Beit Hanoun sebelum dimasukkan ke Hospital Kamal Adwan untuk rawatan. Dr. Hassanein walau bagaimanapun memaklumkan bahawa remaja lelaki tersebut berada dalam kedaan terkawal.
Tentera rejim Zionis lazimnya akan menembak sebarang subjek yang bergerak secara rawak dari jarak beberapa ratus meter dari sempadan ini, begitu juga dengan wayar elektronik yang dipasang pada bahagian timur sempadan genting tersebut.
rujukan: PalestinKini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : Faizul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan