Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

16 Jun 2010

Kesatuan Eropah Akan Segera Minta Israel Tamat Kepung Gaza

June 15th, 2010 by admin
Palestinkini.info



Selasa, 15/06/2010 – Menteri Luar Negeri Kesatuan Eropah akan meminta Israel minggu depan untuk tamatkan pengepungan yang telah berlangsung selama tiga tahun di Gaza yang mereka gambarkan sebagai “tidak boleh diterima dan tidak produktif” bahkan untuk keselamatan Israel.
Dalam kenyataan rancangan yang disiapkan untuk pertemuan pada hari Isnin, para menteri luar negeri akan mengutuk penggunaan kekerasan selama operasi Israel untuk mengelakkan konvoi kapal bantuan daripada sampai ke Gaza, yang mengorbankan sembilan orang Turki. Mereka juga akan menekan untuk satu siasatan yang “kredibel, tidak berat sebelah dan bebas”.
Kesatuan Eropah mengatakan bahawa mereka bersedia untuk memberikan sumbangan terhadap mekanisme baru untuk barangan masuk dan keluar ke Gaza yang akan melalui jalan darat tanah yang lebih sistematik dan mungkin melalui jalan laut ke pusat pantai Gaza.
Reuters yang mendapat salinan laporan itu mengatakan : “dasar penutupan tidak boleh diterima dan kontraproduktif, termasuk dari segi keselamatan Israel.”
Kesatuan Eropah menggesa untuk perubahan dasar yang mengarah ke aliran bantuan kemanusiaan dan komersial barang dan orang tanpa batasan di jalur Gaza sesuai dengan resolusi PBB. Israel mengenakan kepungan di Gaza sejak pertengahan 2007, dan mengatakan langkah-langkah ini bertujuan untuk mengelakkan penyeludupan senjata kepada Hamas atau kumpulan lain.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan