Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

21 Jun 2010

Protes terhadap kekejaman Flotilla berterusan di Ireland


Isnin, 21/06/2010 - Pada awal pagi Isnin, 14 Jun, Pergerakan Anti Peperangan Ireland telah cuba untuk membuat sekatan di Kedutaan Israel di Dublin. Ini adalah cubaan kali ketiga sejak pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara, di mana cubaan kali pertama telah berjaya menutup kedutaan tersebut pada 4 Jun 2010.
Sebelum kedatangan para penunjuk perasaan pada hari Isnin, mereka telah dihalang oleh kehadiran pihak polis yang lengkap dengan penghadang bagi menutup laluan masuk ke kawasan Ballsbridge yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai. Walaubagaimanapun, penunjuk perasaan berjaya menyampaikan hasrat mereka dan terus melancarkan tunjuk perasaan di sekitar kawasan hadangan. Salah seorang tunjuk perasaan telah cuba melepasi hadangan namun pihak pengawal berjaya menangkapnya sebelum sempat tiba di pintu masuk kedutaan. Tiada sebarang tangkapan dibuat.
Pihak polis Ireland masih mengekalkan bilangan yang ramai di Kedutaan Israel setiap hari atas keselamatan orang awam. Kerajaan Ireland melindungi kedutaan yang mana bertanggungjawab memalsukan passport Ireland beberapa bulan lalu dan telah digunakan dalam pembunuhan pegawai Hamas di Dubai. Kedutaan yang sama juga adalah kerajaan yang membunuh sekurang-kurangnya 9 aktivis keamanan Turki pada 31 Mei yang lepas dan mencederakan 50 yang lain.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan