Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

25 Jun 2010

Parlimen Eropah menyeru supaya menghentikan pengusiran ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis


Jumaat , 25/06/2010 -Bekas Timbalan Ketua Parlimen Eropah Louisa Morzintini meminta masyarakat antarabangsa dan juga Kesatuan Eropah serta semua institusi parlimen dan organisasi kerajaan yang menyokong usaha hak asasi kemanusiaan dan menghormati undang-undang antarabangsa, supaya mengambil pendirian secara praktikal, dan bukan hanya slogan dan kata-kata kosong berkenaan keputusan Zionis mengusir dan menafikan hak ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis, selain mengambil tindakan yang nyata dan berkesan demi menghentikan dasar Zionis, serta menghapuskan keputusan mereka mengusir ahli-ahli parlimen al-Quds. Di samping itu juga, menghentikan tindakan mereka (yg seolah-olah menafikan hak ahli-ahli parlimen tersebut sebagai warga al-Quds) dengan merampas kad pengenalan peribadi, serta tindakan mereka membekukan segala program dan aktiviti (sebagai ahli parlimen di al-Quds).
Morzintini dalam kenyataannya – yang dikemukakan kepada Kempen Antarabangsa membebaskan ahli-ahli parlimen yg diberkas – bahawa beliau menentang sistem politik Zionis yg telah meningkatkan permusuhan pada setiap hari terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis. Di samping itu juga, beliau mengutuk kerja-kerja pemukiman (rakyat haram Israel) dengan matlamat utk mengusir penduduk asal al-Quds, bermula dengan pengusiran ahli-ahli parlimen al-Quds (perwakilan rakyat) dan kemudian kemusnahan rumah-rumah dan rampasan kad-kad pengenalan peribadi serta mengusir keluarga-keluarga (Palestin) dari rumah-rumah mereka. Beliau juga (yang mewakili parlimen eropah) berjanji akan berbincang perkara ini dengan individu-individu dan lembaga-lembaga yang bertanggungjawab di Eropah bagi membantu menghentikan pelaksanaan resolusi pengusiran ini yg tidak bertunjangkan undang-undang (yang benar).
rujukan: Palestinkini.info
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan