Umat Islam masih terkongkong dalam dilema pelajaran. Maksud dilema ini menurut Mahathir ialah konflik dalam diri sendiri sewaktu menanggapi hakikat ilmu-ilmu adalah aset untuk kemajuan diri,bangsa, agama dan negara. Namun terdapat umat Islam yang masih yakin bahawa ilmu-ilmu keduniaan iaitu selain dari ilmu-ilmu agama adalah sekular. Sekular bermakna ilmu sesat dan menyesatkan. Oleh itu apabila anak-anak mahu disekolahkan, mereka ingin memastikan agar anak-anak tidak memilih ilmu-ilmu yang sesat ini "kerana pelajaran sekular ini bukan sahaja tidak berfaedah tetapi mungkin melemahkan kepercayaan rnereka kepada agama Islam." (Mahathir.1976. 9).
Dari segi sejarahnya, sikap ini bermula apabila penjajah British memperkenalkan sistem pelajaran mereka. Orang-orang Melayu atau umat Islam menentukan sikap bahawa ilmu-ilmu ini adalah western education atau pelajaran Barat. Fahaman ini sangat berkesan dalam membentuk sikap orang Melayu sehingga sikap ini
menjadi sebahagian daripada peribadi mereka (Ibid).
Mahathir juga berpendapat bahawa keyakinan ini berpanjangan hingga ke hari ini. Apakah benar pelajaran-pelajaran bukan agama yang diperkenalkan oleh Barat itu berasal dari Barat dan apakah ia bertentangan dengan agama Islam? Bagi Mahathir, Islam tidak ada apa yang diistilahkan sebagai sekular dan ilmu-ilmu yang diterima oleh Barat itu pun berasal dari dunia Islam. Dalam Islam ada ilmu-ilmu yang tidak ada kaitan dengan agama seperti perubatan, matematik,pertanian, perhutanan, sains dan teknologi dan lain-lain. Terbukti dunia
Islam dahulu maju dan berjaya dengan ilmu-ilmu itu. Sekarang ilmu-ilmu itulah juga yang dibawa ke negara ini(walaupun ada perubahan tertentu - penulis).
Ada ilmu agama yang sudah sedia ada dan ada ilmu yang disebut sebagai sekular itu. Jadi kita boleh menjadi bangsa yang maju dan umat yang berjaya seperti pada zaman keemasan Islam dahulu. Tetapi masalahnya umat Melayu mengetepikan ilmu-ilmu yang diperkenalkan itu.Di sinilah masalahnya dan ia terus dihadapi oleh umat Islam. Ilmu-ilmu yang berkesan untuk memajukan negara tidak dikuasai oleh umat Islam.
Sedangkan bangsa Barat yang mengambil ilmu-ilmu dari dunia Islam terus maju sehingga membentuk Renaissance dan seterusnya zaman moden.Kini, umat Melayu bertambah lemah lagi justeru sikap dan penafsiran sekular tadi. Hal ini perlu ditukar jika ingin maju. Ilmu-ilmu yang memajukan umat perlu dituntut.
Ilmu Islam yang sempit
Ilmu Islam yang sempit
Menjadi kebiasaan bagi kumpulan agamawan apabila berbicara tentang Islam, perkara yang banyak difokuskan secara konsisten ialah masalah syariat contohnya, hukum-hakam, ibadat, akhlak dan akidah. Inilah
yang diajar, ditulis dan diperkatakan sepanjang masa. Kesannya, pada fahaman publik, inilah dia ilmu-ilmu Islam atau Islam itu sendiri. Ilmu lain dari perkara-perkara ini sudah tidak Islam. Mahathir mengkritik fahaman ini.
Beliau mendakwa ulama-ulama tidak menerangkan ilmu-ilmu Islam yang sebenar. "Dalam al-Quran berkali-kali disebut berkenaan dengan alam sekeliling, bukit-bukau, awan dan hujan yang menyuburkan bumi. Tetapi
jarang sekali alim ulama menjelaskan mengenai perkara-perkara ini, seolah-olah ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran, ada yang penting dan ada yang boleh diketepikan." (Ucapan Mahathir di Majlis Maulidur Rasul 1419 Hijrah. Berita Harian. 7 Julai 1968).

Katanya ada ulama yang hanya memberi perhatian terhadap beberapa hukum tertentu seperti soal seks dan wanita. "Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. tidak terhad kepada ibadat tertentu sahaja."
Beliau menyoal apakah umat Islam dapat hidup sempurna jika hanya tahu beribadat sahaja tetapi tidak tahu (tiada ilmu) bercucuk tanam, menternak,menangkap ikan atau mengeluarkan bahan makanan secara besar-besaran untuk jutaan umat? Apakah umat Islam juga tidak perlu menguasai dan rnengembangkan ilmu perubatan dan kesihatan? Apakah umat Islam tidak perlu menguasai semua ilmu yang boleh menolong menyelamat dan mempertahankan umat Islam dan negara Islam? Inilah puncanya menurut Mahathir umat Islam lemah dan terkebelakang berbanding bangsa-bangsa lain. Umat Islam tidak menurut al-Quran secara
menyeluruh. Hanya mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja seperti ilmu-ilmu di atas dan meninggalkan yang lain. Mahathir menyeru umat Islam khasnya ulama supaya dapat menerangkan Islam secara menyeluruh seperti yang termaktub dalam al-Quran.
Kuasai ilmu selain agama
menurutnya yang maju di dunia ini bukan kerana mereka memiliki kuasa ghaib. Mereka juga adalah manusia biasa seperti umat Islam tetapi menguasai pelbagai bidang kemahiran termasuk mencipta senjata. Umat Islam akan berputih mata tanpa berupaya berbuat apa-apa untuk saudara mereka terutama rakyat Palestin yang terus ditindas selagi mereka tidak bangkit untuk memajukan diri sejajar tuntutan fardu kifayah. Kita ditindas dan kita lemah.
Jika kita mahu menentang musuh, bukan dengan perasaan marah meletupkan bom pada badan kerana tindakan itu tidak akan memberi kesan kepada Islam itu sendiri kecuali berbalas dendam dan pembunuhan terus berlaku. Jadi, "Menguasai pengetahuan mengenai agama sahaja tidak cukup untuk melawan balik penindasan terhadap umat Islam kerana penguasaan ilmu yang terhad dan tidak boleh digunakan untuk mempertahankan diri.
"Berikutan dengan serangan terhadap Iraq, ramai umat Islam di seluruh dunia berdoa untuk menghentikan serangan itu, tetapi Amerika Syarikat teruskan juga hasrat menyerang Iraq dan memperoleh kejayaan." Akibat kejayaan itu "Sesetengah kita merasakan Tuhan tidak makbulkan doa kita, tetapi ini tidak benar, sebenarnya kita tewaskan diri kita sendiri. Islam menyeru kita supaya sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri. Dalam soal Iraq, jelas umat Islam tidak bersedia untuk semua itu. Mahathir juga membidas sebahagian umat Islam yang masih percaya bahawa mereka boleh mempertahankan diri dengan
hanya menggunakan kuda dan lembing, sedangkan musuh menggunakan senjata automatik, jet pejuang dan lain-lain senjata canggih!
"Kita perlukan senjata (canggih) untuk menanam rasa takut dikalangan musuh kita. Sesetengah kita membeli senjata yang dijual oleh musuh dan sudah pasti mereka tidak memberikan kita senjata terbaik,sebaliknya yang sudah ketinggalan. Dan apabila anda mempunyai senjata yang kurung baik, anda tidak dapat memenuhi kehendak ugama iaitu untuk mempertahankan ummah." Beliau berkata demikian sewaktu menutup Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Islam diKuala Lumpur pada 16 September 2003. (Berita Harian. 17 Sept. 2003)
Semak semula tafsiran lama
Mahathir sangat prihatin terhadap keadilan yang perlu diamalkan dalam perundangan. Ada aspek-aspek tertentu dalam tafsiran lama yang memaparkan ketidakadilan terhadap sosial. Menurutnya ada sesetengah orang Islam yang menganggap adil sekiranya penguatkuasaan undang-undang Islam menyebabkan mangsa dihukum dan bukannya penjenayah yang dihukum. Oleh itu apabila seorang gadis dirogol tetapi tidak dapat mengemukakan saksi-saksi, dia masih dianggap bersalah kerana `zina' kalau dia hamil. Sementara perogol
tidak dibawa ke pengadilan dan dihukum, gadis itu pula mesti direjam sampai mati kerana hukuman zina adalah rejam sampai mati. Jadi si penjenayah itu lepas dan orang seperti tidak ambil berat terhadap
perogol. Di sini timbul masalah keadilan dalam undang-undang Islam dan inilah cara berfikir yang telah sekian lama menguasai pemikiran umat Islam. Hal ini memerlukan perhatian semula. Tafsiran lama yang,
tidak adil ini adalah sesuatu yang malang terhadap umat Islam.
Islam amat menekankan persoalan keadilan. Namun apa yang berlaku sepanjang sejarah perundangan Islam ialah kelemahan manusia dalam membuat penafsiran. Lebih buruk lagi apabila hal ini diperhatikan oleh non-
Muslim atau mereka membandingkan dengan undang-undang kontemporari Barat dan bahan Barat yang lain. Umat lain termasuk orang-orang Melayu sendiri "Agak kurang toleran dan tidak begitu menghiraukan pandangan orang lain apabila mengamalkan ajaran Islam termasuk dalam mentafsir dan
melaksanakan undang-undang Islam." (Sedutan teks ucapan Mahathir Mohamad di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Da1am Dunia Kontemporari di IKIM, Kuala Lumpur pada 24 Sept. 2000)

sumber dari tulisan Idris Zakaria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan