Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

24 Jun 2010

Mungkin berjaya namun lemah fikiran!

Hari ini Fakir ketika sedang berada di sebuah kedai makan bersama kawan-kawan Fakir, di belakang kami ada satu kumpulan lelaki yang nampak bergaya dan hebat. Cakap berdegang-degang hebat! Bahasa Inggeris dan Melayu bercampur aduk, yang lebihnya bahasa Inggeris laa sesuai dengan penampilan. Apa yang menyakitkan telinga ialah kalau bercakap secara perlahan tak mengapalah tetapi bercakap dengan nada yang kuat mengalahkan orang sedang mabuk todi. Tujuan sebenar bercakap kuat seumpama itu tidaklah Fakir tahu apa tujuannya. Mungkin rasa bangga dengan kejayaan MLM yang sedang diusahakan atau sebaliknya wallahualam.

Yang paling cantiknya ialah kesemua pemuda yang nampak seakan berjaya itu adalah Melayu! Di kedai tempat Fakir dan kawan sedang makan itu juga terdapat ramai orang yang bukan Melayu. Malah ada dikalangan mereka pelik memerhatikan gelagat para pemuda yang seakan berjaya itu. Kalau iapun dah berjaya jagalah kesopanan sebagai orang Melayu. Mungkin pendapatan dah mencecah beratus ribu sebulan agaknya sebab itulah lupa akar tunjang yang bangsa Melayu ni ada adat sopan yang perlu dipelihara. Kalau begini caranya janganlah bangga lagi sebagai orang Melayu!

Lawak yang mungkin dirasai oleh mereka sebagai lawak orang-orang professional atau orang-orang Melayu yang seakan berjaya itu sampai ketahap menjaja nama isteri masing-masing, siapa lebih cantik dan silap haribulan warga MLM dikalangan mereka yang paling kaya boleh merampasnya. Inilah kebanyakan orang kita yang mudah lupa diri, lupa harga diri, lupa asal usul dek kerana ada kemampuan sedikit yang dianugerahi oleh Allah.

Fakir tidak menghukum semua warga MLM, kerana ada yang benar-benar berjaya dan dah bergelar sebagai jutawan pun namun masih kenal siapa diri mereka sebagai orang Melayu. Orang beginilah yang Fakir tunduk hormat. Jika cara yang dipamerkan oleh orang-orang dibelakang Fakir yang seakan berjaya ini, rasanya bukan rasa berminat malah tak sudi langsung nak tahu tentang jenis perniagaan yang mereka jalankan.

Rasa kagum dengan kejayaan dan kemewahan diri sendiri telah merosakkan imej sendiri dan strategi perniagaan yang patut dirancang. Fakir pun jenis yang kurang baik juga kerana siap berkeinginan nak lihat orang-orang yang seakan berjaya dan rasa kaya yang melimpah ruah ni sejauh mana hebat mereka, siap perhatikan kereta apalah orang-orang seakan berjaya ini guna pakai...rupa-rupanya hanya lebih sedikit dari kereta buruk kepunyaan Fakir.

Buat leader yang bercakap gah ni, patut ubah sedikit cara percakapan anda. Kerana kebongkakan anda yang tidak sampai kemana tu buat bukan hanya Fakir saja yang jelak malah 1 Malaysia juga muak. apa yang terjadi kepada kumpulan ini tak lebih seperti kata pepatah... "bapa borek anak rintik".......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan