Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

22 Jun 2010

MARI RENUNG BERSAMA....


Fakir mengajak diri fakir dan semua yang mengunjungi blog ini merenung sejenak dan bermuhasabah akan kata-kata di bawah ini. Adakah diantaranya telah dimiliki oleh diri sendiri?

1.Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. Kita cuma boleh hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika kita hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

2. "Jangan mengharapkan pasangan sebaik Sayidina Ali jika peribadi tidak seindah Fatimah Al-Zahrah"
Jangan Mengharap wanita sebaik Fatimah Al-Zahrah Jika peribadi tidak seunggul Sayidina Ali"

Jika ingin mencari kebaikan dalam diri pasangan
pastikan kita bertemu dulu
dengan kebaikan yang ada dalam diri sendiri!

3. Maafkanlah yang telah berlalu,terimalah apa yang datang selagi ada kebaikan bersamanya.

4.Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredaan Tuhan di dunia dan di akhirat.

5. Bala sentiasa turun kepada orang yang berdosa agar ianya bertaubat. Ujian juga sentiasa menduga orang beriman untuk menambahkan lagi keimanannya kepada Allah.

6. Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan. Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur. Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka. Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga. Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta. Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

7.Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

8. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

9.Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu.

10. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.

11. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

12. Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

13. Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.

wallahualam........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan