Jumaat , 25/06/2010 -Memorendum yang dikeluarkan oleh para wakil rakyat gerakan Islam di Tebing Barat memperincikan perlanggaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah di Ramallah dan militia Abbas yang berada di bawahnya terhadap kedaulatan undang-undang dan pencerobohannya terhadap hak asasi manusia, yang disifatkan sebagai terlalu besar dan bahaya sehingga boleh dianggap sebagai jenayah terhadap warga Palestin dan rakyat biasa.
Memorendum tersebut yang berjaya diperoleh oleh Pusat Media Palestin memfokuskan kepada perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah terhadap warganegara Palestin dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hak-hak asasi mereka dari sudut politik, sivil, ekonomi dan sosial. Terlalu banyak perlanggaran dilakukan terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat dengan sebab pendirian politik seseorang dan menyentuh banyak hak asasi yang dijamin oleh piagam antarabangsa dan dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan Palestin dan dalam undang-undang lain, bermula daripada hak untuk hidup, hak mendapat keamanan, hak mendapat kebebasan, hak untuk mendapat layanan baik dan tidak mencemarkan maruah, hak untuk menjawat apa sahaja jawatan awam, hak kesamarataan dan hak untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi.
Para wakil rakyat tersebut juga menegaskan bahawa segala perlanggaran tersebut tidak akan gugur berdasarkan Fasal 32, Undang-undang Perlembagaan yang menyatakan bahawa ‘setiap pencerobohan ke atas mana-mana kebebasan individu atau kehormatan kehidupan privasi seseorang dan hak-hak dan kebebasan lain yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang adalah satu jenayah yang tidak menggugurkan dakwaan jenayah dan sivil. Pihak berkuasa Fatah juga bertanggungjawab memberi gantirugi yang setimpal kepada sesiapa yang terjejas akibat perlanggaran tersebut. Ini menegaskan lagi hak mereka yang terjejas pada mendapatkan semula hak mereka dan membawa pihak bertanggungjawab yang menyuruh perlanggaran jenayah tersebut dan mereka yang melakukannya ke muka pengadilan pada bila-bila masa sama ada di mahkamah tempatan atau mahkamah jenayah di negara-negara yang membuka pintu mereka bagi mangsa-mangsa jenayayah tersebut.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
penterjemah : muhajir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan