Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

25 Jun 2010

Sajak Pilihan - BISIKAN HATI UNTUK IBU - HAJAH SITI


BISIKAN HATI UNTUK IBU - HAJAH SITI
Oleh: Alaieffa

Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi

Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi

Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami

Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu

Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu

Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa

Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan

Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

Alaieffa, atau nama penuhnya Syarifah Mariani Malai Othman lahir di Negeri Brunei Darus Salam pada 6 ogos 1955. Walaupun baru di bidang penulisan namun telah menunjukkan minat dan kesungguhan. Selain puisi beliau juga menulis cerpen yang pernah disiarkan di kumuniti Cerpenis. Beliau juga berkebolehan menulis sajak jenaka (sajen) yang banyak disiarkan di ruangan komuniti sajen

1 ulasan:

  1. terimakasih tuan kerana memasukkan info yang sangat berguna!

    BalasPadam