15 Jun 2010
Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad (bah.2)
Kali ini Fakir nak berkongsi sambungan artikel tentang orang melayu yang ditulis oleh Saudara Idris Zakaria
MAHATHIR DAN PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM
Mahathir berpegang kepada hakikat bahawa `perubahan pemikiran' perlu dilakukan. Perubahan inilah yang akan seterusnya mempengaruhi sikap,budaya dan kehidupan umat Islam. Di bawah diperturunkan antara perkara-perkara penting yang menurut Mahathir perlu diubah, jika tidak umat Melayu-Islam akan kekal selamanya dalam kemunduran.
Tafsir semula al-Quran
Mahathir telah mencetuskan satu idea yang dianggap kontroversi di kalangan sebahagian umat Islam. Idea beliau ialah mencadangkan supaya al-Quran dikaji atau lebih tepat ditafsir semula. Merujuk kepada satu ucapan yang telah disampaikan di Majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Malaysia, pada 18 April 2003, Mahathir dipetik sebagai berkata:
"Sesungguhnya al-Quran adalah Panduan Yang terpenting untuk umat Islam. Jika hari ini umat Islam berpecah dan bermusuh sesama sendiri, sebabnya bukanlah Islam dan al-Quran tetapi tafsiran yang berbeza-beza yang dibuat oleh ulama di zaman dahulu dan sekarang. Sebagai manusia biasa mereka tidak mungkin bebas daripada kecacatan dan kesilapan. Apabila kesilapan mereka jelas dan terang tentu akan membawa kepada
perpecahan dan kelemahan kepada umat Islam. Jadi tafsiran mereka berkenaan surah dan ayat al-Quran perlu dikaji dan dipinda supaya umat Islam dapat kembali kepada al-Quran dan Islam yang sebenar dan mereka kembali bersatu dan hidup bahagia sebagai khalifah di bumi ini. Pengembalian umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibuat secara hikmah seperti yang dikehendaki oleh Islam.”
Kenyataan ini menjelaskan niat dan tujuan sebenar Mahathir mengemukakan cadangan tersebut adalah berdasarkan senario perpecahan yang ketara sedang berlaku dalam masyarakat Islam pada hari ini. Antara punca perpecahan itu ialah disebabkan kepelbagaian penafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran. Kadang-kadang jelas terdapat individu yang membuat tafsirannya sendiri. Walaupun la diakui alim namun tidak semestinya dia sentiasa benar dan betul. Dan ini berlaku di serata dunia Islam.
Bagi tujuan untuk menjadikan al-Quran sebagai tempat rujukan dan semakan, tafsiran hendaklah dibuat oleh sekumpulan ulama yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain daripada kepentingan umat Islam dan agama Islam, dan mereka tidak boleh takbur dengan anggapan bahawa mereka sebagai pewaris Nabi, tidak mempunyai kecacatan atau kelemahan apa-apa seperti yang ada pada manusia lain. Mereka yang sering mendakwa mereka adalah pewaris Nabi tetapi tidak mempunyai sifat-sifat ulama yang sebenar (MahathirMohamad. 18 April 2003).
AI-Quran bukan hanya hiasan walaupun penulisannya perlu mencerminkan penghargaan yang tinggi oleh umat Islam. A1-Quran adalah rujukan yang penting bagi umat Islam. Penyembunyian sebahagian besar daripada isi kandungan al-Quran atau lebih buruk lagi percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran adalah se jenis pengkhianatan kepada agama Islam.
Mahathir juga berkata, ramai yang menentang segala pendapat yang berbeza sedikit dengan tafsiran yang katanya tradisional yang dibuat terdahulu. Kononnya ini adalah percubaan untuk mengubah al-Quran.
Sebenarnya tidak ada perubahan yang dibuat kepada al-Quran kerana al-Quran mengandungi wahyu daripada Allah. Yang perlu dibuat ialah pindaan kepada tafsiran mengikut perkembangan zaman.
Pertahanan di zaman Nabi memerlukan kuda perang,kini pesawat pengebom dan jet pejuang. Desakan agama Islam supaya orang Islam bersedia untuk mempertahankan diri tidak berubah. Ini yang menjadi pokok.
Kelainan tafsiran hanyalah berkenaan dengan jenis senjata yang disediakan. Ini adalah kerana ayat-ayat al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian, ada yang tepat, jelas dan mutlak tanpa penafsiran terperinci.
Ada yang berupa perumpamaan yang terbuka kepada bermacam macam tafsiran. Tanpa pentafsir, isi kandungan al-Quran tidak akan difahami dengan tepat. Apatah lagi mereka yang tidak faham bahasa Arab, tidak mungkin mereka mendapat panduan hanya kerana boleh membaca al-Quran.Malang bagi kita orang Islam sejak wafatnya Nabi, rujukan kepada Baginda tidak dapat dibuat lagi untuk tafsiran yang satu dan tidak berbeza-beza.
Rujukan sekarang perlu dibuat kepada pentafsir yang terdiri daripada mereka yang memahami bahasa Arab, bahasa al-Quran dan yang telah mengkaji serta meneliti latar belakang ayat-ayat dan perkataan yang terdapat dalam al-Quran. Tetapi kita dapati, sebilangan alim ulama kerap membuat tafsiran yang berbeza-beza.
Demikianlah perbezaan ini, sehingga agama Islam yang satu yang dibawa oleh Nabi mengikut wahyu yang diterimanya sudah berpecah kepada beratus-ratus fahaman yang didakwa sebagai Islam. Namun alhamdulillah, al-Quran tidak berubah walaupun ada yang cuba menulisnya semula. Umat Islam tidak
menerima sebarang pindaan kepada al-Quran.
Demikian juga percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu ditolak oleh masyarakat Islam. Selagi kita dapat kekalkan teks al-Quran tanpa diubah apa-apa, kita dapat mengurangkan kesesatan hasil daripada
tafsiran al-Quran oleh orang-orang yang berkepentingan atau orang yang jahil. Al-Quran tidak silap. Tetapi pentafsir, sebagai manusia biasa, walaupun tcrpelajar dalam bidang agama dengan mendalam masih boleh membuat tafsiran yang salah.
Menurut Mahathir, perpecahan di kalangan umat Islam sekarang bukan disebabkan oleh ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih tetapi kerana tafsiran yang berbagai-bagai dan
bertentangan oleh orang-orang yang terpelajar. Islam tidak salah bahkan al-Quran juga tidak salah, yang salah ialah pentafsir yang berniat tidak baik. Pentafsir seperti inilah yang kerap rnenyebabkan umat Islam keliru, sesat dan berpecah. Mereka ini suka menjual ayat al-Quran dengan harga yang murah (Mahathir Mohamad. 18 April 2003).
sumber dari tulisan Idris Zakaria
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan