PENGENALAN
DATUK Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat (seterusnya disebut Mahathir) Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai1981menggantikan Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malaysia menghadapi arus kemajuan yang sangat pesat di bawah kepimpinannya. Dasar-dasar yang diperkenalkan beliau dari tahun 1981 hingga 31 Oktober 2003 telah berjaya menentu dan meletakkan asas dan hala tuju pembangunan negara dalam pelbagai aspek terutamanya di bidang ekonomi dan teknologi. Beliau adalah master planner bagi negara Malaysia moden. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 29 tahun dalam kerajaan, beliau dilihat sebagai seorang pemikir-intelektual yang berjaya menterjemahkan idealisme beliau ke alam realiti. Status dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO telah diperalatkan sepenuhnya untuk merealisasikan impian beliau kepada Melayu-Islam dan Malaysia umumnya.
Mahathir telah lama memahami masalah-masalah kelemahan orang-orang Melayu-Islam di Malaysia dengan jelas. Inilah yang dianalisis beliau dalam bukunya The Malay Dilemma yang dihasilkan antara tahun 1969-1972. Selain The Malay Dilemma, beliau juga menulis beberapa buah buku lagi seperti The Challenge, Jalan Ke Puncak, A New Deal For Asia, Krisis Mata Wang Malaysia: Bagaimana dan Mengapa la Berlaku dan Warisan Kepimpinan. Cara yang lumrah digunakan untuk menyatakan idea dan kritikannya ialah melalui ucapan-ucapan penting yang biasanya ditulis oleh beliau sendiri. Selain buku dan ucapan-ucapan, beliau juga mengemukakan idea dan kritikannya terhadap orang Melayu atau umat Islam dalam bentuk tulisan popular dalam akhbar The Straits Times sejak 1947 lagi. Pemikiran dan gaya kepemimpinannya sangat berkesan dan ini terbukti dengan banyak perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia. Pencapaiannya diakui oleh pemimpin-pemimpin dunia khasnya dunia Islam dan mereka menjadikan Malaysia sebagai negara contoh (Dr. Ilyas Harun. 1998.).
Mahathir telah berjaya menukar negara Malaysia sebagai sebuah negara pertanian kepada negara industri tanpa mengetepikan langsung peranan pertanian tersebut. Kemewahan dan kemakmuran negara Malaysia telah mendorong berjuta orang pekerja asing dari Indonesia, Filipina, China, Nepal, Myanmar, India, Pakistan dan seterusnya membanjiri sektor perusahaan, pembinaan, perladangan dan sebagainya. Hal ini berlaku sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu dan ia masih berterusan hingga kini. Warganegara asing yang datang mencari rezeki di Malaysia menganggap Malaysia adalah `lubuk emas'. Pemerhati-pemerhati asing sering menyebut bahawa pembangunan negara Malaysia sangat cepat. Mahathir terbukti tidak berminat untuk menurut idea-idea komunis atau sosialis mahupun kapitalis, iaitu mazhab-mazhab ekonomi dunia. Beliau merancang kemajuan Malaysia menurut acuan Malaysia sendiri iaitu dengan berasaskan realiti dan tuntutan sejarah serta ekonomi domestik. Islam turut direalisasikan dalam acuan tersebut.
Tujuan makaiah ini ditulis adalah untukmembahaskan pandangan dan kritikan Mahathir Mohamad terhadap kelemahan umat Melayu-Islam khasnya di Malaysia. Beliau membincangkan punca-punca kelemahan itu yang ditinjau dari pelbagai dimensi. Mungkin dalam banyak penilaian beliau, kelemahan ini juga relevan terhadap umat Islam dl luar Malaysia. Di bawah ini dibahaskan beberapa pandangan beliau, baik yang disampaikan dalam bentuk ucapan atau tulisan.
LATAR BELAKANG SOSIAL
Mahathir Mohamad mengambil alih politik dan pentadbiran Malaysia pada 16 Julai 1981. Sejak 1970-an lagi, gelombang dan minat golongan muda di Malaysia ialah kepada Islam. Gelombang sosial ini bergerak kuat setelah berlaku kejayaan revolusi Iran pimpinan Ayatullah Ruhollah Khomeini yang juga menggambarkan yang Islam boleh bangkit melawan malah menggantikan sistem-sistem Barat. Islam boleh memberi tenaga pilihan baru dan bertenaga untuk membentuk politik dan pentadbiran negara. Pengaruh kejayaan itu menyerap ke seluruh dunia, Barat dan Timur. Momentumnya kuat justeru ia digerakkan oleh generasi muda siswa-siswi di pusat-pusat pengajian tinggi. Pelajar-pelajar universiti dan kolej-kolej di Kuala Lumpur "Sering mengadakan pertemuan dakwah, atau pertemuan lain yang diselitkan dakwah. Wanita-wanita muda dan dewasa di sana-sini berpakaian dakwah (pakaian tutup aurat) dan suara salam keislaman terdengar di mana-mana. Kadang-kadang rumah-rumah di kawasan Melayu dikunjungi oleh anak-anak muda yang tidak dikenali oleh tuan
rumah, dan setelah memberi salam anak-anak muda itu menjemput tuan rumah berkumpul di surau terdekat kerana ada khabar yang hendak disampaikan." (Rahman Shaari. 1984. 49).
Hal-hal seperti ini berlaku di pusat pengajian tinggi. Usrah-usrah diadakan saban hari. Anak-anak muda berilmu ini kembali kepada kefahaman dan penghayatan Islam. Golongan agamawan yang sudah sekian lama menabur bakti dalam bidang dakwah terus memberi sokongan. Parti politik pembangkang yang berasaskan agama pun turut menumpang tuah pada situasi ini. lnilah latar belakang sosial keagamaan yang dihadapi oleh Mahathir sewaktu menjadi Timbalan Perdana Mentcri dan seterusnya Perdana Menteri.
Bagaimana ia mengasimilasikan realiti ini dalam konteks politik Malaysia adalah sangat menarik untuk dibahas. Selain dari faktor semasa di atas, Mahathir juga menghadapi keadaan umat Islam contohnya, orang Melayu sendiri yang jauh terkebelakang dalam bidang ekonomi berbanding dengan bangsa mendatang terutamanya kaum Cina. Orang Melayu masih mendominasi kehidupan kampung atau desa mengerjakan pertanian sedangkan bangsa Cina menguasai kehidupan kota dan bandar-bandar di seluruh negara. Demikian juga pelabuhan dan kawasan sekitarnya. Mereka menguasai perniagaan dan perdagangan dalam negara. Orang-orang India, lebih kurang sama dengan orang-orang Melayu. Mahathir amat faham tentang kehidupan dan kelemahan orang-orang Melayu. Beliau menulis kritikannya terhadap orang Melayu dalam buku-buku antaranya The Malav Dilemma atau Dilema Melayu dan The Challenge atau Menghadapi Cabaran. Tulisan-tulisan ini menganalisis kelemahan orang-orang Melayu dari berbagai-bagai bidang kehidupan. Beliau mengesan punca-punca kelemahan, budaya-budaya negatif umat Islam dan memberikan jalan keluarnya menurut satu-satu bidang. Metode kepakaran bidang perubatan yang dikuasainya telah digunakan untuk `mengubati' masalah kelemahan orang-orang Melayu itu.
Buku Dilema Melayu ini lahir ketika orang-orang Melayu sedang menghadapi dilema, jalan buntu dan kehampaan kerana kemerdekaan yang diharapkan boleh memberi pembelaan didapati tidak berupaya memberikan mereka satu kehidupan baru. Melalui Dilema Melayu, Mahathir menganalisis secara literally sebab-musabab mengapa orang Melayu tidak maju dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain, khususnya kaum Cina.
Beliau rnemberikan pandangan serta target tentang apa yang diperlukan oleh orang Melayu supaya tidak terus berada dalam keadaan dilema. Menurut Mahathir lagi, antara punca kelemahan masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi terutamanya pada kurun ke-19 dan 20 adalah disebabkan kekurangan modal dan tiadanya sokongan dari pihak berkuasa waktu itu serta badan-badan tertentu untuk memajukan mereka. Pandangan ini beliau khususkan kolonialis British. Ekonomi orang Melayu pada ketika itu lebih bergantung kepada ekonomi pertanian saradiri yang dijalankan secara kecil-kecilan di belakang rumah mereka. Selain itu, Mahathir melalui buku Delima Melayu juga mengkritik kelemahan-kelemahan orang Melayu dan dari segi sistem budaya dan nilai seperti menyerah pada takdir, tidak menghargai masa, tidak cukup berusaha, tiada motivasi dan tidak ada perancangan.
Menurutnya, sistem nilai dan etika (atau dengan kata lain budaya) orang Melayu menjadi penghalang kepada kemajuan mereka dan inilah yang dikatakan sebagai sebahagian daripada delima Melayu sebenarnya. Bagi Mahathir budaya orang Cina dalam bidang perniagaan didapati lebih dinamik. Seperti katanya; "Orang-orang Melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunan dan alam sekitar tidak berupaya untuk menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga terpaksa mengalah. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang Melayu, orang Cina boleh melakukannya, tetapi dengan lebih baik dan lebih murah. Lama kelamaan pendatang-pendatang Cina yang mempunyai keazaman yang kuat dan rajin bekerja mula mengambil tempat perniagaan-perniagaan kecil dan semua kerja mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang Melayu. Apahila kejayaan mereka mulai bertambah dari pengalaman yang diperolehi di negara asal mereka. Pendatangpendatang Cina ini tidak lama kemudian telah mewujudkan corak hubungan yang serupa antara pegawai-pegawai dan pedagang-pedagang seperti terdapat di Negeri China." (Dilema Melayu, halaman 30)
Justeru, menurut Mahathir lagi, orang Melayu hanya boleh maju dengan melakukan `pembaharuan'. Sebagai contohnya, beliau menegaskan bahawa tidak ada gunanya menyuruh orang Melayu menceburi bidang
perniagaan sekiranya mereka tidak mempunyai daya motivasi niaga yang baik, tidak tahu fungsi dan nilai sistem kewangan dan sebagainya (Mahathir Mohamad: 1996: 172)

akan bersambung - insyaAllah......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan