Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

06 Jun 2010



Minda: Dunia kecam kekejaman Zionis


myMetro
2010/06/01
 Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks 

DUNIA gempar dan marah terhadap keganasan komando Israel menggempur konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang menuju Semenanjung Gaza sehingga mengorbankan banyak nyawa semalam. Kini, seteru mahupun rakan negara Yahudi itu sepakat mengutuk kekejaman yang meragut nyawa sukarelawan yang menyertai konvoi itu.

Ketua Agensi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay terkejut dengan tahap keganasan operasi yang dilaksana komando Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan terkorban, majoritinya dilapor warga Turki.

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pula menuntut Tel Aviv melancarkan siasatan penuh terhadap insiden itu.
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas yang memerintah Gaza menggesa dunia Islam melancarkan protes besar-besaran terhadap Israel. Di Turki, polis bertungkus-lumus membendung kemarahan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di luar pejabat konsulat Israel di Istanbul.

Penunjuk perasaan yang marah mengadakan demonstrasi di luar kediaman duta Israel di Ankara, melaungkan kutukan terhadap Israel. Duta Yahudi itu turut diarah menghadap pemimpin Turki yang memberi amaran tindakan mungkin diambil terhadap hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Tindakan keterlaluan ini yang berlaku di laut antarabangsa sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa mungkin menyebabkan kesan yang tidak mungkin dapat diperbaiki terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Tindakan Israel menyerang orang awam sekali lagi menunjukkan ia tidak menghargai nilai nyawa manusia dan inisiatif secara aman,” kata kenyataan Ankara.

Israel mendakwa tentera lautnya diserang aktivis dan kedua-dua pihak berbalas tembakan dengan peluru hidup selepas mereka menceroboh naik ke atas enam kapal yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dan ribuan tan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad lantang mengutuk pencerobohan itu dan melabelnya sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas pula mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari manakala Ketua Liga Arab, Amr Mussa menganggap tindakan itu sebagai satu jenayah dan mengumumkan 22 negara anggota kini membincangkan langkah seterusnya yang akan dilaksana pertubuhan itu.

Speaker Parlimen Kuwait turut melabel tindakan menaiki konvoi yang turut membawa 16 warga Kuwait, termasuk seorang ahli Parlimen sebagai satu jenayah.

Di Eropah, kutukan turut dilakukan pemimpin anggota EU.
Selain menuntut siasatan penuh dilaksanakan, Ketua Hal Ehwal Asing, Catherine Ashton menuntut Israel serta-merta membuka pintu masuk ke Gaza tanpa menetapkan sebarang syarat.

Sepanyol selaku Presiden EU, Sweden dan Greece mengarahkan duta Israel memberi penjelasan terhadap tindakan ganas itu.

Madrid menganggap operasi yang dilancar terhadap konvoi kemanusiaan itu tidak dapat diterimanya manakala Greece yang diwakili 30 warganya di atas kapal konvoi terbabit membatalkan latihan ketenteraan bersama Israel sebagai tanda protes.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner terkejut terhadap keganasan Israel itu dan menegaskan, tiada alasan munasabah mampu dijadikan landasan untuk melancarkan serangan seganas itu. Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle bagaimanapun hanya menyuarakan keresahannya terhadap kematian yang berlaku.

Serangan ganas itu berlaku menjelang mesyuarat antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington.

Aktivis Lubnan dan penyelaras kumpulan Tamatkan Sekatan di Gaza, Maen Bashur berkata, serangan itu sudah dijangkakan anggota konvoi dan mereka yang ditahan kini dianggap sebagai tahanan perang. “Atas sebab itulah kami minta kepemimpinan Hizbullah melaksanakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Bila ditanya sama ada beliau menggalakkan supaya kumpulan pejuang itu menceroboh sempadan Israel dan menahan tebusan warga Yahudi, beliau menegaskan, Hizbullah memiliki kepemimpinan bijak dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Sukarelawan Cyprus, Kyriacos Triantafyllides yang dihalang di saat akhir untuk menyertai konvoi berkata, aktivis menjangkakan Israel melancarkan kekerasan terhadap konvoi. “Namun, tiada siapa percaya mereka bertindak seganas ini dan hakikatnya, konvoi kemanusiaan itu diserang penceroboh,” katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan