Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

30 Jun 2010

Malay's Traditional Engagement and Wedding Ceremonies

In the Malay culture, before the wedding ceremony, you'll have the engagement ceremony first. This is when the family of the bridegroom-to-be  comes to the house of the bride-to-be  and discuss on the preparation for the wedding (the date of the wedding, the amount of money for dowry, the number of gift trays presented by the bridegroom-to-be and bride-to-be, etc).

The Arrival of the Bridegroom-to-be's family
When the family of the Bridegroom-to-be came, they will sit cross-legged on the floor with the gift trays from both side of the family set in front of everyone to inspect. A prayer is then said and the discussion on the wedding, begins (done by the appointed elders of both families).

The Wearing of the Engagement Ring
In the Malay culture, an engagement takes place between two families, not two individuals only. Therefore, the Bridegroom-to-be's mother puts on the engagement ring on the Bride-to-be's finger watched by everyone (family & friends).

The Gift Trays Presented to the Bride-to-be and Bridegroom-to-be
There will be an exchage of gift trays from the Bride-to-be and the Bridegroom-to-be which include: from the Bridegroom-to-be; the engagement ring, a basket of fruits, a dress, a pair of shoes, etc. From the Bride-to-be; a pair of shoes, a shirt & a pair of pants, a basket of fruits, etc.
Another term for henna artwork is Mehndi where henna is applied as a temporary form of skin decoration particularly during weddings to signify fertility and love. Hmmm to me, this is very romantic. This marriage custom is also practised in India, Pakistan, Bangladesh, Sudan and Morocco where elaborate designs are drawn on hands and feet. Why hands and feet? Because these are the parts of the body where the dye lasts longer.

Wedding Ceremony
 "Adat Berinai" in Malay wedding, carried out in three stages. The groom takes part only in the final stage. Traditionally, the first stage is three nights before the wedding in which only families participate. The next night, come other relatives, riends and neighbours for the second stage and on the wedding day itself, all the guests take part.

Adat Berinai
Imagine yourself as a guest at a Malay wedding. The bride is sitting on a dais with hands on her lap. Now it is your turn to bless her, what should you do? First of all, look for a pedestal tray in front of her. At the centre, You see an octagonal container with fine henna paste, around it there are plates of yellow-coloured tumeric rice ( beras kunyit ), fried rice grains ( bertih ) and tepung tawar water.With your fingertips, take some beras kunyit and scatter to the left and right of the bride, followed by some bertih and then pat some tepung tawar water on her hands. Finally take a pinch of henna and smudge on her palms.

Menfolk start the berinai ritual, beginning with the oldest in the family: grandfather, father, uncle etc. The number of men who participate must be odd i.e. three, five or seven. Then it is the womenfolk's turn.

A Complicated Process in the Malay Wedding
You dried the henna leaves, finely ground them and filter with a cloth at least twice to remove any coarse fibre. Mix with oil and water to produce a paste. Apply to hands and feet according the chosen designs. By the way, this is a job for a...Inai artist.

Its seems there are different techniques to dry the paste, you can either wrap the dyed area with tissue, plastic, medical tape or apply a solution of lemon juice and sugar. Wait 2-12 hours. ( Quite a long time ) The result could range from light orange to deep brownish black. I found this lovely henna artwork on Wikipedia. No wonder it is fashionable since 1990's!

Groundwork
Nowadays it is rare to enquire about the availability of an intended bride. Still, a couple has to go through the processes of formal proposal and engagement before the adat berinai.

For the engagement, the future groom presents to his bride-to-be mainly a container for betel, a ring and other gifts. If the future bride has an unmarried older sister, he has to send her gifts as well. The number of gifts are again in odd numbers, as even numbers are considered inauspicious in a Malay wedding. The bride reciprocates with more gifts for the groom. Usually the groom's mother puts a ring to the bride's finger to complete the engagement.

What happens if things don't work out well for the couple and they have to call off the engagement? If it is the man who initiates the annulment, he forfeits all the gifts given earlier. On the other hand, the woman who chooses to end the engagement has to compensate double the amount of her gifts.


Solemnization
Being devoted moslems, Malays of couse, solemnize their marriages according to the Islamic laws. A Kadi and two witnesses of the bride inspect the expenses, dowry and gifts from the groom. The Kadi also gives a sermont on marital responsibilities before shaking the groom's hand and utters:
" Aku nikahkan dikau( bride's name ) dengan mas kahwin ( the amount according to the state ) tunai"
To which the groom is expected to respond:
"Aku terima nikahnya...( repeats after the Kadi )"
The witnesses have to be satisfied that the groom said it loud and clear. Otherwise, the groom has to repeat his line. ( I can imagine how nervous a groom can be under such circumstances )

This is followed by a prayer, then groom puts a ring on his bride's finger and they shake hands ( not the western style ) but the Malay style, bersalaman. Hurray! They are officially, husband and wife. But...they are still spending the nights separately in different houses. They have to wait until the marriage ceremony, hari bersanding.

Climax of Malay Wedding
The marriage ceremony is actually held twice, first at the bride's residence then the groom's. The former occasion is grander because this is where the new couple sits together on a dais.

A proper Malay wedding is a community project done in the gotong-royong spirit of Malays. A lot of work has to be done before the grand feast such as setting up temporary camps, kitchen shed, nuptial chamber, bunga telur, the dais, decorations etc.

The groom arrives with his throng beating kompang drums and parading bunga manggar. He is welcomed by a shower of beras kunyit and a performance of Malay martial art ,Silat. The groom does not forget his main intention - to claim his bride. However, he has to bargain with with the ladies of the house to let her go. After paying a price , the groom is allowed to sit on the dais, pelamin, with his bride. At the end of the feast, the couple bersalaman ( I feel this is better than saying shake hands ) with their parents, relatives and guests. Instead of cakes, the guests to a Malay wedding receive bunga telur.


28 Jun 2010

Israel Kebal Undang-Undang?


June 27, 2010
Ramallah, Tebing Barat (IPS),24 Jun – “Di mana ayahku? Mengapa dia tidak pulang? Aku mahu ayahku,” isakan Yasmin tujuh tahun, mata besar birunya bergenang dengan air mata. Dia bangun setiap malam menangis.
“Hidup saya hanya bermula apabila saya bertemu dengannya. Aku tidak akan pernah bertemu seperti lelaki yang luar biasa lagi,” jelas ibu Yasmin, Moira Julani kepada IPS.
Walaupun hanya statistik untuk Israel, sebuah lagi keluarga Palestin telah musnah. Warga negara AS, Hannah 17 tahun, Mirage 15 tahun dan Yasmin tujuh tahun kini yatim. Mantan penduduk Texas Moira, dahulu Reynolds, yang meninggalkan AS 17 tahun lalu untuk memulakan hidup baru bersama suaminya di Baitulmuqaddis, telah kehilangan suami tercinta.
Dua minggu yang lalu Ziad Julani 41 tahun dari Baitulmuqaddis Timur ditembak beberapa kali dalam jarak dekat di bahagian kepala dan perut oleh pasukan gerak khas Israel ketika dia terbaring atas tanah dengan luka di bahagian perutnya. Ambulans membawanya yang luka parah ke rumah sakit tapi dia meninggal tak lama selepas itu.
Tentera Israel menuduh Ziad dari sengaja cuba untuk melarikan diri dari beberapa orang tentera semasa mereka meronda di jalan.
Bagaimanapun, menurut saksi yang melihat kejadian tersebut berkata bahawa kereta Julani membelok sedikit ketika cermin depan keretanya terkena batu, tanpa ia sedar bahawa ia terperangkap di tengah-tengah pertembungan antara pemuda-pemuda pelontar-batu Palestin dan tentera-tentera Israel.
Dua orang tentera mendapat luka ringan, dan dua orang rakan mereka menembak ke arah kereta Julani, mengenai bahunya. Julani panik kemudian memandu kea rah lain untuk menyelamatkan diri sehingga bertemu jalan mati.
Menurut kesaksian yang dikumpulkan oleh Pusat untuk Sosial dan Hak Ekonomi Baitulmuqaddis, Julani kemudian keluar dari keretanya. Dia ditembak lagi beberapa kali oleh empat pasukan gerak khas polis yang mengejarnya, sebelum ia rebah ke tanah.
Salah seorang polis kemudian menghampirinya dan menembaknya lagi yang telah terluka parah dari jarak dekat di kedua sisi kepala dan di perut sebelum menendangnya.
Saksi yang berusaha membantu Julani dipukul kembali dengan cota (club), salah seorang daripada mereka menerima 20 jahitan di kepala. Manakala yang lain-lain luka-luka, termasuk seorang gadis lima tahun, ketika polis dan tentera menembak mereka dengan peluru getah bersadur keluli.
Para pegawai Israel menuduh Ziad daripada cuba untuk memperbuat “serangan pengganas” serta mempunyai rekod “jenayah.”
“Ziad dikasari oleh tentera Israel sebulan yang lalu ketika dia cuba untuk solat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis. Dia ditahan sementara selama beberapa jam, kemudian dilepaskan, tetapi tidak ada dakwaan telah dikenakan. Mungkin salah satu daripada askar mempunyai dendam terhadap suami saya, “kata Julani kepada IPS.
“Dia tidak terlibat dalam politik dan tidak bergabung dengan kumpulan politik. Dia seorang lelaki baik dengan latar belakang kosmopolitan yang tinggal di Switzerland di zaman kanak-kanak dan kemudian belajar di bidang farmasi di AS.”
“Pada pagi hari dia dibunuh ia pergi untuk solat di Al-Aqsa dan kemudian telah merancang untuk membawa keluarganya berkelah di Laut Mati.”
Kemarahan dan kebencian Israel Judaisasi di bahagian timur bandar terhadap Penduduk Jerusalem Timur semakin meningkat, mereka memusnahkan rumah orang Palestin, dan menghalau keluarga Palestin ke luar untuk membolehkan mereka membina penempatan bagi penduduk haram Israel.
Dalam ketegangan yang meningkat beberapa orang Palestin telah melakukan serangan terhadap warga Israel di Baitulmuqaddis Barat menggunakan kenderaan dan jentolak, membunuh dan mencederakan beberapa orang.
Pihak berkuasa Israel telah menggunakan insiden ini untuk menegaskan “pembelaan diri” dalam peningkatan jumlah kes di mana warga Palestin tanpa senjata telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel dari jarak dekat walaupun tidak memberikan ancaman.
Pada awal tahun berlakunya penggelapan (blackout) media, tahanan rumah dikenakan ke atas wartawan Israel Anat Kamm selepas dia secara senyap menyalin dokumen rahsia Pasukan Pertahan Israel (IDF) saat ia menjalankan perkhidmatan ketenteraan.
Dokumen tersebut menjelaskan pelanggaran terhadap keputusan mahkamah tinggi Israel, bagaimana pasukan Israel membunuh aktivis-aktivis Palestin, sebahagian mereka tidak bersenjata, bukannya sekadar hanya menangkap mereka. Kamm telah dituduh melakukan pengkhianatan.
IPS telah melaporkan sejumlah kes di mana pemuda-pemuda Palestin di Tebing Barat mati akibat ditembak di belakang dan di kepala. IDF awalnya mereka mendakwa telah menggunakan peluru tidak mematikan, dan bertindak dalam “membela diri” setelah mereka “diserang.”
Kemudian, penyelidikan tentera mengakui bahawa peluru hidup digunakan dan dalam beberapa kes para askar yang terlibat telah menggunakan “kekerasan berlebihan.”
Turki menjalankan autopsi terhadap sembilan aktivis yang ditembak mati di Mavi Marmara kerana cuba untuk memberikan bantuan ke Gaza beberapa minggu yang lalu juga menunjukkan bahawa jumlah korban yang mati ditembak beberapa kali di kepala dari jarak dekat sebagai sebahagian daripada dasar Israel “pastikan mati”.
Pasukan keselamatan Israel telah menjadi terbiasa kebal undang-undang (impuniti) ketika melakukan pembunuhan ke atas warga Palestin dalam situasi yang meragukan.
“Kami mahu siasatan bebas ke atas pembunuhan suami saya. Kami tidak mahu pasukan keselamatan Israel menyiasat sendiri,” kata Julani.
Sejak penembakan Zia pegawai keselamatan Israel telah menangkap saksi yang merakam kejadian pembunuhan dan peralatan rakaman mereka disita. Rakaman kamera jalanan juga telah dihapuskan.
Oleh: Mel Frykberg (ipsn)
rujukan dari: haluanpalestin.haluan.org.my

25 Jun 2010

Sajak Pilihan - BISIKAN HATI UNTUK IBU - HAJAH SITI


BISIKAN HATI UNTUK IBU - HAJAH SITI
Oleh: Alaieffa

Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi

Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi

Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami

Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu

Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu

Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa

Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan

Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

Alaieffa, atau nama penuhnya Syarifah Mariani Malai Othman lahir di Negeri Brunei Darus Salam pada 6 ogos 1955. Walaupun baru di bidang penulisan namun telah menunjukkan minat dan kesungguhan. Selain puisi beliau juga menulis cerpen yang pernah disiarkan di kumuniti Cerpenis. Beliau juga berkebolehan menulis sajak jenaka (sajen) yang banyak disiarkan di ruangan komuniti sajen

Parlimen Eropah menyeru supaya menghentikan pengusiran ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis


Jumaat , 25/06/2010 -Bekas Timbalan Ketua Parlimen Eropah Louisa Morzintini meminta masyarakat antarabangsa dan juga Kesatuan Eropah serta semua institusi parlimen dan organisasi kerajaan yang menyokong usaha hak asasi kemanusiaan dan menghormati undang-undang antarabangsa, supaya mengambil pendirian secara praktikal, dan bukan hanya slogan dan kata-kata kosong berkenaan keputusan Zionis mengusir dan menafikan hak ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis, selain mengambil tindakan yang nyata dan berkesan demi menghentikan dasar Zionis, serta menghapuskan keputusan mereka mengusir ahli-ahli parlimen al-Quds. Di samping itu juga, menghentikan tindakan mereka (yg seolah-olah menafikan hak ahli-ahli parlimen tersebut sebagai warga al-Quds) dengan merampas kad pengenalan peribadi, serta tindakan mereka membekukan segala program dan aktiviti (sebagai ahli parlimen di al-Quds).
Morzintini dalam kenyataannya – yang dikemukakan kepada Kempen Antarabangsa membebaskan ahli-ahli parlimen yg diberkas – bahawa beliau menentang sistem politik Zionis yg telah meningkatkan permusuhan pada setiap hari terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis. Di samping itu juga, beliau mengutuk kerja-kerja pemukiman (rakyat haram Israel) dengan matlamat utk mengusir penduduk asal al-Quds, bermula dengan pengusiran ahli-ahli parlimen al-Quds (perwakilan rakyat) dan kemudian kemusnahan rumah-rumah dan rampasan kad-kad pengenalan peribadi serta mengusir keluarga-keluarga (Palestin) dari rumah-rumah mereka. Beliau juga (yang mewakili parlimen eropah) berjanji akan berbincang perkara ini dengan individu-individu dan lembaga-lembaga yang bertanggungjawab di Eropah bagi membantu menghentikan pelaksanaan resolusi pengusiran ini yg tidak bertunjangkan undang-undang (yang benar).
rujukan: Palestinkini.info
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Memorendum Wakil Rakyat Islam di Tebing Barat: Jenayah Fatah tidak akan dilupakan


Jumaat , 25/06/2010 -Memorendum yang dikeluarkan oleh para wakil rakyat gerakan Islam di Tebing Barat memperincikan perlanggaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah di Ramallah dan militia Abbas yang berada di bawahnya terhadap kedaulatan undang-undang dan pencerobohannya terhadap hak asasi manusia, yang disifatkan sebagai terlalu besar dan bahaya sehingga boleh dianggap sebagai jenayah terhadap warga Palestin dan rakyat biasa.
Memorendum tersebut yang berjaya diperoleh oleh Pusat Media Palestin memfokuskan kepada perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah terhadap warganegara Palestin dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hak-hak asasi mereka dari sudut politik, sivil, ekonomi dan sosial. Terlalu banyak perlanggaran dilakukan terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat dengan sebab pendirian politik seseorang dan menyentuh banyak hak asasi yang dijamin oleh piagam antarabangsa dan dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan Palestin dan dalam undang-undang lain, bermula daripada hak untuk hidup, hak mendapat keamanan, hak mendapat kebebasan, hak untuk mendapat layanan baik dan tidak mencemarkan maruah, hak untuk menjawat apa sahaja jawatan awam, hak kesamarataan dan hak untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi.
Para wakil rakyat tersebut juga menegaskan bahawa segala perlanggaran tersebut tidak akan gugur berdasarkan Fasal 32, Undang-undang Perlembagaan yang menyatakan bahawa ‘setiap pencerobohan ke atas mana-mana kebebasan individu atau kehormatan kehidupan privasi seseorang dan hak-hak dan kebebasan lain yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang adalah satu jenayah yang tidak menggugurkan dakwaan jenayah dan sivil. Pihak berkuasa Fatah juga bertanggungjawab memberi gantirugi yang setimpal kepada sesiapa yang terjejas akibat perlanggaran tersebut. Ini menegaskan lagi hak mereka yang terjejas pada mendapatkan semula hak mereka dan membawa pihak bertanggungjawab yang menyuruh perlanggaran jenayah tersebut dan mereka yang melakukannya ke muka pengadilan pada bila-bila masa sama ada di mahkamah tempatan atau mahkamah jenayah di negara-negara yang membuka pintu mereka bagi mangsa-mangsa jenayayah tersebut.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

24 Jun 2010

Mungkin berjaya namun lemah fikiran!

Hari ini Fakir ketika sedang berada di sebuah kedai makan bersama kawan-kawan Fakir, di belakang kami ada satu kumpulan lelaki yang nampak bergaya dan hebat. Cakap berdegang-degang hebat! Bahasa Inggeris dan Melayu bercampur aduk, yang lebihnya bahasa Inggeris laa sesuai dengan penampilan. Apa yang menyakitkan telinga ialah kalau bercakap secara perlahan tak mengapalah tetapi bercakap dengan nada yang kuat mengalahkan orang sedang mabuk todi. Tujuan sebenar bercakap kuat seumpama itu tidaklah Fakir tahu apa tujuannya. Mungkin rasa bangga dengan kejayaan MLM yang sedang diusahakan atau sebaliknya wallahualam.

Yang paling cantiknya ialah kesemua pemuda yang nampak seakan berjaya itu adalah Melayu! Di kedai tempat Fakir dan kawan sedang makan itu juga terdapat ramai orang yang bukan Melayu. Malah ada dikalangan mereka pelik memerhatikan gelagat para pemuda yang seakan berjaya itu. Kalau iapun dah berjaya jagalah kesopanan sebagai orang Melayu. Mungkin pendapatan dah mencecah beratus ribu sebulan agaknya sebab itulah lupa akar tunjang yang bangsa Melayu ni ada adat sopan yang perlu dipelihara. Kalau begini caranya janganlah bangga lagi sebagai orang Melayu!

Lawak yang mungkin dirasai oleh mereka sebagai lawak orang-orang professional atau orang-orang Melayu yang seakan berjaya itu sampai ketahap menjaja nama isteri masing-masing, siapa lebih cantik dan silap haribulan warga MLM dikalangan mereka yang paling kaya boleh merampasnya. Inilah kebanyakan orang kita yang mudah lupa diri, lupa harga diri, lupa asal usul dek kerana ada kemampuan sedikit yang dianugerahi oleh Allah.

Fakir tidak menghukum semua warga MLM, kerana ada yang benar-benar berjaya dan dah bergelar sebagai jutawan pun namun masih kenal siapa diri mereka sebagai orang Melayu. Orang beginilah yang Fakir tunduk hormat. Jika cara yang dipamerkan oleh orang-orang dibelakang Fakir yang seakan berjaya ini, rasanya bukan rasa berminat malah tak sudi langsung nak tahu tentang jenis perniagaan yang mereka jalankan.

Rasa kagum dengan kejayaan dan kemewahan diri sendiri telah merosakkan imej sendiri dan strategi perniagaan yang patut dirancang. Fakir pun jenis yang kurang baik juga kerana siap berkeinginan nak lihat orang-orang yang seakan berjaya dan rasa kaya yang melimpah ruah ni sejauh mana hebat mereka, siap perhatikan kereta apalah orang-orang seakan berjaya ini guna pakai...rupa-rupanya hanya lebih sedikit dari kereta buruk kepunyaan Fakir.

Buat leader yang bercakap gah ni, patut ubah sedikit cara percakapan anda. Kerana kebongkakan anda yang tidak sampai kemana tu buat bukan hanya Fakir saja yang jelak malah 1 Malaysia juga muak. apa yang terjadi kepada kumpulan ini tak lebih seperti kata pepatah... "bapa borek anak rintik".......

23 Jun 2010

Semalam Hari Pelarian Antarabangsa


Rabu, 23/06/2010 -Pusat Biro Statistik Palestin (PCBS) mengeluarkan sebuah laporan berkaitan status pelarian-pelarian Palestin di seluruh dunia sempena Hari Pelarian Antarabangsa yang jatuh pada 20 Jun.
Taburan terkini sejumlah 4.8 juta penduduk Palestin yang menjadi pelarian (menurut laporan UNRWA) adalah seperti berikut : 41.6% di Jordan, 23.2% di Semenanjung Gaza, 16.3% di Tebing Barat, 10.0% di Syria dan 8.9% di Lebanon.
Di Tebing Barat dan Gaza, PCBS merekodkan bahawa 41.8% pelarian adalah di bawah umur 15 tahun dan hanya 2.8% daripada keseluruhan populasi adalah warga emas berusia di atas 65 tahun.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Wanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel


Rabu, 23/06/2010 – Pusat Pengajian dan Perundingan Al-Zayouna merupakan organisasi Lebanon yang terlibat dalam kajian strategik dan futuristik terhadap masyarakat Arab dan dunia Muslim, (memberi penekanan) terhadap isu Palestin. Pada awal tahun 2010, ia telah menerbitkan siri kedua iaitu “Am I Not a Human”. Sebuah laporan “The suffering of Palesinian Woman Under the Israeli Occupation”, diterangkan seperti di bawah.
Meskipun di bawah ‘penderitaan luar biasa’ yang dialami, wanita-wanita Palestin ini sentiasa menujukkan kualiti daya tahan yang luar biasa. Hidup dalam keadaan tekanan dengan kemiskinan, kediaman yang telah diranapkan, tanah yang telah musnah atau diambil alih, kanak-kanak yang sakit, suami yang dipenjarakan, ibu bapa yang dibunuh dan bermacam-macam lagi, Namun, mereka masih meletakkan harapan, untuk memenuhi keperluan harian sosial mereka. Mereka berpartisipasi dalam politk dan harus juga bergelut sepanjang hari. Semenjak 1948 lagi, hak-hak kemanusiaan, keselamatan, kebebasan untuk bergerak dan berekspresi, persekitaran yang sihat dan selamat, juga pendidikan telah dinafikan. Mereka terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri malah di juga peringkat antarabangsa, membawa beban yang melampau kapasaiti upaya wanita biasa.
Di bawah pendudukan Israel ini, mereka terpaksa bergelut setiap hari untuk survival, dan juga bergelut untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak mereka – merekalah pasangan, ibu, penjaga, pejuang, jururawat, buruh dan guru.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  faizul

22 Jun 2010

MARI RENUNG BERSAMA....


Fakir mengajak diri fakir dan semua yang mengunjungi blog ini merenung sejenak dan bermuhasabah akan kata-kata di bawah ini. Adakah diantaranya telah dimiliki oleh diri sendiri?

1.Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. Kita cuma boleh hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika kita hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

2. "Jangan mengharapkan pasangan sebaik Sayidina Ali jika peribadi tidak seindah Fatimah Al-Zahrah"
Jangan Mengharap wanita sebaik Fatimah Al-Zahrah Jika peribadi tidak seunggul Sayidina Ali"

Jika ingin mencari kebaikan dalam diri pasangan
pastikan kita bertemu dulu
dengan kebaikan yang ada dalam diri sendiri!

3. Maafkanlah yang telah berlalu,terimalah apa yang datang selagi ada kebaikan bersamanya.

4.Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredaan Tuhan di dunia dan di akhirat.

5. Bala sentiasa turun kepada orang yang berdosa agar ianya bertaubat. Ujian juga sentiasa menduga orang beriman untuk menambahkan lagi keimanannya kepada Allah.

6. Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan. Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur. Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka. Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga. Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta. Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

7.Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

8. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

9.Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu.

10. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.

11. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

12. Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

13. Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.

wallahualam........

Terdesak Mencari rekrut, Warga Asing Jadi Sasaran


Selasa, 22/06/2010 – Ia dahulunya kibbutz, imej-imej kutip buah-buahan dan kehidupan bersama yang menarik ramai sukarelawan Yahudi ke Israel. Sekarang ramai yang mencari suatu jenis perkhidmatan yang berbeza, iaitu yang melibatkan persediaan/senaman sebelum subuh, satu dos kem latihan dan kemungkinan beberapa tindakan barisan hadapan.
Satu organisasi baru giat mengambil beberapa orang Yahudi yang bukan warga Israel, kebanyakannya daripada Amerika, untuk berkhidmat dalam tentera Israel lantaran ia menghadapi ancaman-ancaman pada pelbagai barisan hadapan dalam sebuah rantau yang sebahagian besarnya bermusuh dengannya..
“Kami merasakan bahawa Israel berjuang untuk hidupnya, ” kata Jay Schultz, pengarah eksekutif Aish Malach, sebuah badan Israel yang baru ditubuhkan untuk membantu mendaftarkan warga asing yang berminat. Untuk ramai orang, katanya, “ini merupakan langkah/perkara yang betul pada masa yang sesuai.”
rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : yusra

21 Jun 2010

Armada Kebebasan 2 Belayar ke Gaza Bulan Depan


Isnin, 21/06/2010 – Gabungan Armada Kebebasan mengatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk pelancaran “Armada Kebebasan 2″, yang akan belayar ke Jaluran Gaza pada pertengahan bulan depan (Julai) dan diharapkan tiba pantai Gaza beberapa hari selepas tarikh belayar.
Mazen Kahil, seorang ahli dari Kempen “Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza,” salah seorang pengasas gabungan armada kebebasan, mengatakan dalam sebuah sidang akhbar yang dilakukan oleh gabungan tersebut di Parlimen Eropah di Strasbourg: “Kami mempunyai banyak kapal sudah bersedia meninggalkan Eropah, dan kami berharap boleh berlayar menuju Jalur Gaza pada separuh kedua bulan Julai ini, “, tambahnya bahawa “Armada Kebebasan 2 ” ini akan lebih besar dari armada sebelumnya dengan jumlah aktivis keamanan dan bilangan kapal yang terlibat.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Protes terhadap kekejaman Flotilla berterusan di Ireland


Isnin, 21/06/2010 - Pada awal pagi Isnin, 14 Jun, Pergerakan Anti Peperangan Ireland telah cuba untuk membuat sekatan di Kedutaan Israel di Dublin. Ini adalah cubaan kali ketiga sejak pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara, di mana cubaan kali pertama telah berjaya menutup kedutaan tersebut pada 4 Jun 2010.
Sebelum kedatangan para penunjuk perasaan pada hari Isnin, mereka telah dihalang oleh kehadiran pihak polis yang lengkap dengan penghadang bagi menutup laluan masuk ke kawasan Ballsbridge yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai. Walaubagaimanapun, penunjuk perasaan berjaya menyampaikan hasrat mereka dan terus melancarkan tunjuk perasaan di sekitar kawasan hadangan. Salah seorang tunjuk perasaan telah cuba melepasi hadangan namun pihak pengawal berjaya menangkapnya sebelum sempat tiba di pintu masuk kedutaan. Tiada sebarang tangkapan dibuat.
Pihak polis Ireland masih mengekalkan bilangan yang ramai di Kedutaan Israel setiap hari atas keselamatan orang awam. Kerajaan Ireland melindungi kedutaan yang mana bertanggungjawab memalsukan passport Ireland beberapa bulan lalu dan telah digunakan dalam pembunuhan pegawai Hamas di Dubai. Kedutaan yang sama juga adalah kerajaan yang membunuh sekurang-kurangnya 9 aktivis keamanan Turki pada 31 Mei yang lepas dan mencederakan 50 yang lain.
rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

19 Jun 2010

Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad (bah.3)

Islam dan ilmu sekular
Umat Islam masih terkongkong dalam dilema pelajaran. Maksud dilema ini menurut Mahathir ialah konflik dalam diri sendiri sewaktu menanggapi hakikat ilmu-ilmu adalah aset untuk kemajuan diri,bangsa, agama dan negara. Namun terdapat umat Islam yang masih yakin bahawa ilmu-ilmu keduniaan iaitu selain dari ilmu-ilmu agama adalah sekular. Sekular bermakna ilmu sesat dan menyesatkan. Oleh itu apabila anak-anak mahu disekolahkan, mereka ingin memastikan agar anak-anak tidak memilih ilmu-ilmu yang sesat ini "kerana pelajaran sekular ini bukan sahaja tidak berfaedah tetapi mungkin melemahkan kepercayaan rnereka kepada agama Islam." (Mahathir.1976. 9)


Dari segi sejarahnya, sikap ini bermula apabila penjajah British memperkenalkan sistem pelajaran mereka. Orang-orang Melayu atau umat Islam menentukan sikap bahawa ilmu-ilmu ini adalah western education atau pelajaran Barat. Fahaman ini sangat berkesan dalam membentuk sikap orang Melayu sehingga sikap ini
menjadi sebahagian daripada peribadi mereka (Ibid).

Mahathir juga berpendapat bahawa keyakinan ini berpanjangan hingga ke hari ini. Apakah benar pelajaran-pelajaran bukan agama yang diperkenalkan oleh Barat itu berasal dari Barat dan apakah ia bertentangan dengan agama Islam? Bagi Mahathir, Islam tidak ada apa yang diistilahkan sebagai sekular dan ilmu-ilmu yang diterima oleh Barat itu pun berasal dari dunia Islam. Dalam Islam ada ilmu-ilmu yang tidak ada kaitan dengan agama seperti perubatan, matematik,pertanian, perhutanan, sains dan teknologi dan lain-lain. Terbukti dunia
Islam dahulu maju dan berjaya dengan ilmu-ilmu itu. Sekarang ilmu-ilmu itulah juga yang dibawa ke negara ini
(walaupun ada perubahan tertentu - penulis)



Ada ilmu agama yang sudah sedia ada dan ada ilmu yang disebut sebagai sekular itu. Jadi kita boleh menjadi bangsa yang maju dan umat yang berjaya seperti pada zaman keemasan Islam dahulu. Tetapi masalahnya umat Melayu mengetepikan ilmu-ilmu yang diperkenalkan itu.Di sinilah masalahnya dan ia terus dihadapi oleh umat Islam. Ilmu-ilmu yang berkesan untuk memajukan negara tidak dikuasai oleh umat Islam.
Sedangkan bangsa Barat yang mengambil ilmu-ilmu dari dunia Islam terus maju sehingga membentuk Renaissance dan seterusnya zaman moden.Kini, umat Melayu bertambah lemah lagi justeru sikap dan penafsiran sekular tadi. Hal ini perlu ditukar jika ingin maju. Ilmu-ilmu yang memajukan umat perlu dituntut.
Ilmu Islam yang sempit
Menjadi kebiasaan bagi kumpulan agamawan apabila berbicara tentang Islam, perkara yang banyak difokuskan secara konsisten ialah masalah syariat contohnya, hukum-hakam, ibadat, akhlak dan akidah. Inilah
yang diajar, ditulis dan diperkatakan sepanjang masa. Kesannya, pada fahaman publik, inilah dia ilmu-ilmu Islam atau Islam itu sendiri. Ilmu lain dari perkara-perkara ini sudah tidak Islam. Mahathir mengkritik fahaman ini.

Beliau mendakwa ulama-ulama tidak menerangkan ilmu-ilmu Islam yang sebenar. "Dalam al-Quran berkali-kali disebut berkenaan dengan alam sekeliling, bukit-bukau, awan dan hujan yang menyuburkan bumi. Tetapi
jarang sekali alim ulama menjelaskan mengenai perkara-perkara ini, seolah-olah ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran, ada yang penting dan ada yang boleh diketepikan."
(Ucapan Mahathir di Majlis Maulidur Rasul 1419 Hijrah. Berita Harian. 7 Julai 1968).

Katanya ada ulama yang hanya memberi perhatian terhadap beberapa hukum tertentu seperti soal seks dan wanita. "Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. tidak terhad kepada ibadat tertentu sahaja."
Beliau menyoal apakah umat Islam dapat hidup sempurna jika hanya tahu beribadat sahaja tetapi tidak tahu (tiada ilmu) bercucuk tanam, menternak,menangkap ikan atau mengeluarkan bahan makanan secara besar-besaran untuk jutaan umat? Apakah umat Islam juga tidak perlu menguasai dan rnengembangkan ilmu perubatan dan kesihatan? Apakah umat Islam tidak perlu menguasai semua ilmu yang boleh menolong menyelamat dan mempertahankan umat Islam dan negara Islam? Inilah puncanya menurut Mahathir umat Islam lemah dan terkebelakang berbanding bangsa-bangsa lain. Umat Islam tidak menurut al-Quran secara
menyeluruh. Hanya mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja seperti ilmu-ilmu di atas dan meninggalkan yang lain. Mahathir menyeru umat Islam khasnya ulama supaya dapat menerangkan Islam secara menyeluruh seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Kuasai ilmu selain agama
Sudah menjadi kelaziman dan keyakinan umat Islam bahawa ilmu-ilmu yang perlu dituntut adalah ilmu Islam dan ilmu Islam itu pula adalah ilmu usuluddin, syariat, akidah dan akhlak Islam. Inillah jenis ilmu yang sudah `diregister' sebagai ilmu Islam. Selain dari jenis ilmu ini, tidak dianggap ilmu islam. Mahathir berkata, umat lslam tidak seharusnya terlampau taasub menimba ilmu mengenai agama sahaja dan mengabaikan ilmu duniawi dalam bidang sains dan teknologi yang seketika dahulu pernah dikuasai umat Islam. Masyarakat bukan Islam
menurutnya yang maju di dunia ini bukan kerana mereka memiliki kuasa ghaib. Mereka juga adalah manusia biasa seperti umat Islam tetapi menguasai pelbagai bidang kemahiran termasuk mencipta senjata. Umat Islam akan berputih mata tanpa berupaya berbuat apa-apa untuk saudara mereka terutama rakyat Palestin yang terus ditindas selagi mereka tidak bangkit untuk memajukan diri sejajar tuntutan fardu kifayah. Kita ditindas dan kita lemah.



Jika kita mahu menentang musuh, bukan dengan perasaan marah meletupkan bom pada badan kerana tindakan itu tidak akan memberi kesan kepada Islam itu sendiri kecuali berbalas dendam dan pembunuhan terus berlaku. Jadi, "Menguasai pengetahuan mengenai agama sahaja tidak cukup untuk melawan balik penindasan terhadap umat Islam kerana penguasaan ilmu yang terhad dan tidak boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

"Berikutan dengan serangan terhadap Iraq, ramai umat Islam di seluruh dunia berdoa untuk menghentikan serangan itu, tetapi Amerika Syarikat teruskan juga hasrat menyerang Iraq dan memperoleh kejayaan." Akibat kejayaan itu "Sesetengah kita merasakan Tuhan tidak makbulkan doa kita, tetapi ini tidak benar, sebenarnya kita tewaskan diri kita sendiri. Islam menyeru kita supaya sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri. Dalam soal Iraq, jelas umat Islam tidak bersedia untuk semua itu. Mahathir juga membidas sebahagian umat Islam yang masih percaya bahawa mereka boleh mempertahankan diri dengan
hanya menggunakan kuda dan lembing, sedangkan musuh menggunakan senjata automatik, jet pejuang dan lain-lain senjata canggih!

"Kita perlukan senjata (canggih) untuk menanam rasa takut dikalangan musuh kita. Sesetengah kita membeli senjata yang dijual oleh musuh dan sudah pasti mereka tidak memberikan kita senjata terbaik,sebaliknya yang sudah ketinggalan. Dan apabila anda mempunyai senjata yang kurung baik, anda tidak dapat memenuhi kehendak ugama iaitu untuk mempertahankan ummah." Beliau berkata demikian sewaktu menutup Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Islam diKuala Lumpur pada 16 September 2003
. (Berita Harian. 17 Sept. 2003)

Semak semula tafsiran lama
Mahathir sangat prihatin terhadap keadilan yang perlu diamalkan dalam perundangan. Ada aspek-aspek tertentu dalam tafsiran lama yang memaparkan ketidakadilan terhadap sosial. Menurutnya ada sesetengah orang Islam yang menganggap adil sekiranya penguatkuasaan undang-undang Islam menyebabkan mangsa dihukum dan bukannya penjenayah yang dihukum. Oleh itu apabila seorang gadis dirogol tetapi tidak dapat mengemukakan saksi-saksi, dia masih dianggap bersalah kerana `zina' kalau dia hamil. Sementara perogol
tidak dibawa ke pengadilan dan dihukum, gadis itu pula mesti direjam sampai mati kerana hukuman zina adalah rejam sampai mati. Jadi si penjenayah itu lepas dan orang seperti tidak ambil berat terhadap
perogol. Di sini timbul masalah keadilan dalam undang-undang Islam dan inilah cara berfikir yang telah sekian lama menguasai pemikiran umat Islam. Hal ini memerlukan perhatian semula. Tafsiran lama yang,
tidak adil ini adalah sesuatu yang malang terhadap umat Islam.


Islam amat menekankan persoalan keadilan. Namun apa yang berlaku sepanjang sejarah perundangan Islam ialah kelemahan manusia dalam membuat penafsiran. Lebih buruk lagi apabila hal ini diperhatikan oleh non-
Muslim atau mereka membandingkan dengan undang-undang kontemporari Barat dan bahan Barat yang lain. Umat lain termasuk orang-orang Melayu sendiri "Agak kurang toleran dan tidak begitu menghiraukan pandangan orang lain apabila mengamalkan ajaran Islam termasuk dalam mentafsir dan
melaksanakan undang-undang Islam."
 (Sedutan teks ucapan Mahathir Mohamad di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Da1am Dunia Kontemporari di IKIM, Kuala Lumpur pada 24 Sept. 2000)

sumber dari tulisan Idris Zakaria

18 Jun 2010

Israel dera pemuda dari Hebron


Jumaat, 18/06/2010 – Sebuah keluarga Palestin menyatakan ketakutan akan keselamatan anak lelaki mereka Daud Rajabi (19 tahun) yang percaya bahawa tentera Israel akan membunuhnya, setelah mereka membawanya ke penjara dan dia dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui dan diseksa dengan sangat teruk.
“Tentera Israel menculik adikku pada Sabtu malam selama beberapa jam, di mana mereka menyerang dan membakar bahagian sensitif tubuhnya dengan rokok dan api, mereka juga memaksa dia untuk minum pil yang membuatnya bertindak aneh sepanjang malam,” kata Kayed Rajabi.
“Sejak 2006, pasukan tentera Israel menyerang saudaraku Saleh dengan begitu kejam dengan sengaja, dan mereka menyebabkanya menghidap penyakit kronik – epilepsi – dan sekarang kami takut sekiranya adik kami keluar rumah, yang boleh mengakibatkan tentera Israel akan menculik dan membunuh dia, jadi kami cuba memberikan semua yang dia perlukan agar dia tinggal di rumah,” tambah Kayed Rajabi.
rujukan: PalestinKini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : farah hidayah

Konsul Amerika minta kerajaan rejim Zionis minta siasatan ke atas insiden seorang rakyat Amerika ditembak di mata


Jumaat, 18/06/2010 – Semasa pegawai tentera sempadan Israel menembak seorang penunjuk perasaan aman berdekatan tempat pemeriksaan Qalandia pada 1 Jun lepas, ramai saksi yang memaklumkan bahawa tentera rejim Zionis telah melepaskan 3 pemacu gas pemedih mata yang berkelajuan tinggi tepat ke arah seorang penunjuk perasaan warganegara Amerika, Emily Henochowicz, 21. Tembakan itu tepat terkena muka gadis itu dan menyebabkan sebelah matanya buta. Sekarang ini, hanya selepas beribu-ribu desakan dibuat supaya siasatan dilakukan ke atas insiden itu, Konsul AS di Jerusalem pun meminta kerajaan rejim Zionis membuat penjelasan berkaitan insiden itu.
Aktivis-aktivis keamanan Amerika telah menghantar petisyen kepada kerajaan mereka berhubung insiden itu dan memaklumkan bahawa respon yang diterima adalah lemah dan seperti tidak bermakna. Namun, kata mereka lagi, ia adalah lebih baik daripada tiada respon langsung.
Henochowicz, 21 telah berada di Jerusalem sejak 6 minggu lalu bagi mengikuti program pertukaran pelajar di Akademi Seni dan Rekacipta Bezalel. Gadis itu merupakan belajar seni lukis dan berkata bahawa kecederaan pada matanya telah memusnahkan masa depan kerjayanya sebagai seorang pelukis. Bapa Henochowicz berasal dari Israel dan gadis itu mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan AS.
rujukan: PalestinKini.info
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa